e

Monday, December 23, 2013

Sinopsis Playboy Itu Suami Aku Minggu Terakhir (Episod 25, 26, 27, 28)

Assalamualaikum & selamat petang guys. Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke 7 drama Playboy Itu Suami Aku ditayangkan. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk drama ini, dan jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod 25, 26, 27 & 28 mulai hari ini sehingga Khamis ini. Tonton secara online juga boleh didapati di blog Zam.

TONTON ONLINE (KLIK)
EPISOD 25 dan EPISOD 26

Apapun, jom baca sinopsis drama ini di minggu terakhir. Kredit kepada INVISIBE NOTE. :)


Afina menghilangkan diri secara tiba-tiba. Kepulangan Fisya ke Malaysia bukanlah dengan niat untuk berbaik-baik tetapi dengan misi untuk merampas Andrian yang diinginkannya sejak dulu lagi. Fisya juga sanggup membunuh Afina untuk bersama Andrian. Meskipun pelbagai cubaan untuk memikat Andrian dilakukan Fisya, namun hati Andrian telah melekat pada isterinya, Afina. Ibu bapa Afina dan Fisya sedar tentang kepalsuan perangai baik Fisya. Ke mana Afina menghilang? Bagaimana pula dengan lelaki yang pernah suka pada Fisya? Dia juga ada tujuannya juga terhadap Fisya. Apakah kesudahannya?

8 comments: