Cuti sekolah dah nak berakhir, dan malam ni Zam dah nak berangkat pulang ke Kuching. Jadi, kenalah mengemas sebelum balik, dan antara yang dikemas dan disimpan semula adalah permainan Amirul ni. Bumble Bee (robot kuning) tu antara kesukaannya, tadi dia kata dia nak main, tapi Zam minta semula untuk disimpan juga. Cara Zam, setiap permainan yang Zam belikan untuk anak buah akan disimpan elok elok di dalam laci almari di Serdang jika Zam balik ke Kuching. Masa Zam ada di Serdang sahaja baru laci tu akan dibuka & anak buah dibenarkan bermain.
Sebab Zam buat macam tu, pertama supaya permainan tu tahan lama & tak rosak. Kalau Zam bagi peluang mereka bermain sewaktu Zam tak ada, alamatnya cepatlah rosak sebab lasak juga cara dia bermain. Sebab kedua, nak bagi satu value kat permainan tu, supaya dia menghargai permainan tu sebab peluang bermain dengannya adalah jarang jarang. Kiranya, supaya tak cepat bosan la.. ;)
bagus cara zam tu.. nnt bila anak anak saudara tu besar diarang pula akan ajarkan begitu pd anak anak mereka nnt :)
ReplyDeletehaa.. harapnya mcm tulah.. dapat gak berjimat cermat kan
Deletebagus tu zam...:)
ReplyDeleteinsya Allah ade efek positif :)
Deletekeje di kuching,,sama la ngan sy...rezeki di bumi sarawak,,,bagus kita didik bdk2,,ianya lebih menghargai..in sha Allah
ReplyDeleteSame le ek.. itulah yg zam cuba terapkan
Deletebagus cara zam tu
ReplyDeleteinsya Allah dpt kurangkn pmbaziran..
Delete