Assalamualaikum & selamat petang guys. Semalam, Zam sempat mengunjungi pesta jualan buku Big Bad Wolf di Mines International Exhibition & Convention Centre. Untuk pengetahuan anda yang ingin ke sana, pesta Big Bad Wolf ini masih berlangsung (bermula 6 Disember yang lalu) sehinggalah 15 Disember ini, pukul 9 malam. Jika anda sibuk di pejabat pada sebelah pagi, anda boleh saja mengunjunginya pada waktu malam atau pagi -pagi buta kerana Big Bad Wolf ini beroperasi 24 jam sehari, tanpa henti!
(Klik untuk besarkan imej.
Untuk maklumat lanjut, boleh ke page rasmi Big Bad Wolf di Facebook)
- Kalau boleh, elakkan dari mengunjunginya pada hujung minggu. Kebiasaannya jalan sekitar ke Mines akan jem teruk pada waktu itu kerana orang ramai berasak-asak ke sana.
- Anda juga boleh meletakkan kereta di ruang parking The Mines dan berjalan kaki ke MIECC yang terletak disebelahnya. Ini sebagai pilihan kerana parking MIECC dikhuatiri penuh pada waktu anda ke sana, lebih lebih lagi jika di sebelah petang.
- Bawa bersama troli atau bagasi sendiri untuk mengisi buku-buku yang dipilih. Semasa Zam kesana, ramai pengunjung yang membawa bagasi beroda yang mudah ditarik (yang biasa digunakan sewaktu travelling) bagi memudahkan mereka bergerak sambil membawa buku-buku yang telah dipilih.
- Kotak disediakan oleh pihak penganjur untuk anda mengisi buku-buku yang anda inginkan. TAPI HARUS DIINGAT, agak memenatkan dan melenguhkan jika anda membawa buku-buku tersebut dengan kotak kerana tanpa sedar anda akan mengambil masa yang lama untuk bersiar-siar di dalam ruang pameran sambil membawa buku-buku tersebut. Akibatnya, keesokan pagi anda akan mengalami kesakitan pada otot lengan kerana memunggah buku-buku tersebut dengan kotak atau tangan kosong. (Berat woo... Zam sendiri kena.. Huhu)
Berikut pula adalah beberapa nasihat apabila anda berada disana:
- Jika anda telah memilih buku & kemudian secara tiba-tiba anda memutuskan tidak jadi membelinya, seelok-eloknya buku-buku tersebut diletakkan di tempat asal anda mengambilnya atau minta bantuan dari petugas mereka. Admin FB BBW telah menegur tindakan segelintir pengunjung yang telah meninggalkan berkotak-kotak buku yang telah dipilih di atas lantai begitu sahaja. Jangan terlalu tamak memilih buku kerana dalam masa yang sama, ada risiko anda membuat keputusan drastik membatalkan niat untuk membeli kesemuanya.
- Jangan letakkan anak-anak kecil anda diatas susunan buku-buku semata-mata ingin mengambil gambar mereka kerana ia adalah tidak wajar dan mengganggu pengunjung lain.
Kemudahan lain yang disediakan:
- Kaunter bayaran banyak dibuka untuk kemudahan pengunjung. Pembayaran secara kredit juga boleh dibuat.
- Ruang rehat untuk anda duduk dan membaca buku-buku tersebut turut disediakan, selain kaunter untuk anda menyimpan buku-buku yang telah dipilih sebelum meneruskan memilih buku-buku lain di ruang pameran.
- Tapak permainan kanak-kanak, tapak jualan makanan dan tempat merehatkan diri berada di tingkat atas jika anda memerlukannya.
bagus tips nie
ReplyDeleteboleh diamalkan bg bakal pengunjung BBW ;)
Deletewow big sales nih
ReplyDeletehaah.. meriah!
Deletegood tips..:)
ReplyDeletethanks ;)
Deletesaya nak pegi lagi esok malam..hehehe. tapi memang betul pun, ada banyak buku2 yg tidak jadi dibeli bertaburan kat merata-rata tempat
ReplyDeletegitulah.. sepatutnya ada sikap bertanggungjawb bila dh berada kat sana
Delete