e

Sunday, May 26, 2013

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke Dua

Assalamualaikum & Selamat Malam buat pembaca semua. Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua- Entri ini sebenarnya Zam tujukan buat seorang rakan blogger yang menyambut Ulangtahun Perkahwinannya pada hari ini, 26 Mei 2013. Dua tahun yang lalu (2011), Zam pulang ke Kelantan dari Sarawak untuk menghadiri majlis pernikahannya yang diadakan di Kota Bharu.

Nak tahu siapakah blogger yang Zam maksudkan? Mungkin ada dikalangan blogger yang boleh mengagak & mengenali beliau:


Kenal? Jika masih tak cam, anda boleh hit di sini untuk memastikan siapakah beliau yang Zam maksudkan. Sambil-sambil tu, bolehlah wish beliau di sana, ya ;)

Kepada blogger berkenaan, semoga terus berbahagia bersama insan tersayang selama-selamanya, ya :)

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 22: Radhi Tersingkir Selepas 6 Minggu Bertahan



Akhirnya, selepas berjaya bertahan sehingga minggu ke 6, nasib tidak menyebelahi Radhi OAG apabila tersingkir di episod penyingkiran kali ini. Dengan tema udang lubuk, masakan yang disediakan oleh Radhi bukanlah tidak sedap, cuma ia dianggap satu hidangan yang biasa kerana tiada penambahan bahan untuk membangkitkan rasa udang tersebut. Apapun, satu percubaan yang baik dari Radhi OAG & untuk makluman pembaca, sehingga ke episod ini Radhi telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan & mendapat pujian dari para juri.

Gambar Perkahwinan Ke 3 Ustaz Azhar Idrus | Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi!


Himpunan Lagu Santai Di Pagi Ahad

Assalamualaikum & Selamat Pagi Ahad buat semua. Dalam waktu macam ni, tentu ramai yang mahu berehat dengan tenang kan. Apa kata sambil-sambil tu, kita layan lagu-lagu santai di bawah untuk ambil mood Ahad. Ketiga-tiga lagu di bawah ni lagu kesukaan Zam sebenarnya, selain cara video ini dihasilkan yang nampak bersahaja~ Jom layan ;)