Allahurabbi.. Baru je tadi Zam cerita tentang perasaan Zam bila melihat anak murid Zam tersekat-sekat membaca sebab masalah mata yang dihadapinya, kali ini timbul pula kisah seorang datuk yang membayar yuran persekolahan cucunya dengan duit syiling. Apa yang menyedihkan, wang yang dikumpulkannya tidak mencukupi untuk membayar keseluruhan jumlah yuran yang perlu dibayar.
Tambah sebak lagi bila tengok muka cucunya.. Happy je walaupun dia sebenarnya orang susah.. Senyuman dia meruntun hati.. Seronok dapat ke sekolah agaknya..
Semoga kisah ini membuka minda orang kita yang selama ni tenggelam dalam kemewahan.. Sedih sangat..
[Info dari FB Zunairah abdul ghani
Email : zunairahagi@gmail.com]
[Muhasabah] Yuran sekolah dari duit syiling
Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut.
Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.
Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat.
Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.
Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya.
Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.
Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.
Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu.
Nama sek:sek agama integrasi ar rahmaniah,taman dagang,ampang;nama cikgu: ustazah khadijah bt alang abu shuker,nama pelajar;1.nurkhatijah bt. Abdullah,2.norsyafiqah bt.abdul rahim,No hp ustazah:017-3078400
ade juga baca pasal ni kat fb
ReplyDeletekesian sgt
tak sangka masih ade keluarga yg terlalu susah smapai mcm ni sekali
kita selalu terlepas pandang perkara mcm ni..kan..
Delete:(
ReplyDeleteeee sedihnya...
Tu lah, kena bersyukur mcm post abe yg lepas tu. Hm.
Ya allah, hope ramai bantu mereka kan :D
Tp inshaallah lepasni ramai dah tahu ;)
zam pun slu teringat.. klu rasa susah, ada org lagi susah.. huhu.. insya Allah rezeki mereka akan bertambah
DeleteMemang menyedihkan... so pusat zakat, please do something... kurangkan birokrasi, tingkatkan sifat mesra rakyat, jangan hanya berbangga dengan nilai hasil pungutan zakat, jalankan amanah dengan sebaiknya dan pergi cari sendiri mereka yang memerlukan... sedih la sedih tau... sedih woi
ReplyDeleteitulh.. bukan main sedih dah rakyat malaysia tgk keadaan mcm ni.. sok2 kena soal kat akhirat baru tahu
Deleteyuran sekolah masih ad ke???bukan dah xde yuran sekolah???
ReplyDeleteYuran PIBG agaknya Ikhwan...
DeleteSedihnyaa . semoga mereka tabah menghadapi ujian hidup ini . Aamiin ~
ReplyDeleteaminnnn... insya Allah cik Kiera
Deletemoga Allah murahkan rezeki buat anak ini..aamiin
ReplyDeleteaminnn... insya Allah Sis :)
DeleteSemoga ketabahan anak ini boleh mengubah nasib dia kelak..
ReplyDeleteinsya ALlah.. aminnnn :))
Deletedah baca kat fb. kesian tgk.. semoga dimurahkan rezeki keluarga tu Aamiin..
ReplyDeleteitulah.. sedih kan.. insya Allah.. zam aminkan doa tu
DeleteAllahurabbi..kesiannya tengok budak2 ni. Masih ada yang daif dalam kehidupan di kota besar ini. Insaf rasa diri
ReplyDelete