e

Saturday, January 4, 2014

Berkongsi Minat Yang Sama Untuk Memulakan Blog

baca artikel penuh di SINI.


Rasanya dulu Zam pernah terbaca pendapat blogger Hasrul Hassan mengenai kelebihan jika seorang blogger mempunyai minat dalam fotografi. Dan jika tak salah, beliau juga mempunyai blog khusus untuk fotografi. Jadi tadi Zam tercari-cari semula artikel mengenainya di blog beliau untuk mengorek semula isi pendapat tersebut, dan melalui ruangan carian di sana, Zam terjumpa satu artikel mengenai kisah bagaimana saudara Hasrul Hassan boleh terjebak ke dunia blog.

Blog Jadi Tempat Mempersembahkan Hasil Kreatif Menerusi Lensa Kamera

Bila Zam terbaca baris ayat diatas, Zam teringat bagaimana blog Zamani84 dicetuskan. Semuanya bermula dengan trend berbloging pada masa tersebut, & berkembang kerana keinginan untuk berkongsikan hasil fotografi Zam biarpun bermula dengan kamera digital. Biasanya, gambar yang diambil mempunyai kaitan dengan kisah entri yang akan ditulis selepas itu. Dan kini, seperti yang dikatakan oleh Hasrul Hassan, blog Zam juga berubah menjadi blog 'rojak pasembor'. Lebih tepat lagi, ia boleh dikategorikan sebagai blog 'personal' kerana menampilkan cetusan hati Zam mengenai isu semasa, minat serta pendapat Zam mengenai hal yang berkisar dengan kehidupan ini.

Apapun, Zam masih berharap dapat mengetengahkan fotografi sebagai kekuatan Zam bersama blog ini. Zam masih tercari cara yang sesuai untuk melakukannya, dan formula yang berkesan untuk menjayakannya. Mungkin bukan mudah, tapi semoga pembaca di luar sana dapat memberikan sokongan kepada Zam, ya :)

Dalam masa yang sama, teringin juga nak tahu dari rakan blogger, apa faktor utama anda menjadi penulis blog?

6 comments:

  1. Saya menulis kerana ingin merakamkan keindahan alam akibat kembara saya.Saya kaki travel maka ingin mengalakkan orang mengembara secara backpack dan tanpa melalui agen...menulis untuk memberi panduan kepada orang lain agar mengembara cara yang sama dengan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. point pertama, mmg sama dgn zam.. point kedua & ketiga, mmg menarik sb tak ramai penulis blog tampil tujuan tu.. good job!

      Delete
  2. Saya sokong cita-cita zam tu. semoga akan terlaksana ya

    ReplyDelete