e

Wednesday, January 1, 2014

Kisah Mengenai Roti Hangus

Asslamualaikum & selamat petang guys.. Semua dah lunch ke ni? Menu lunch Zam hari ni biasa biasa saja, sebab nak cepat Zam panaskan roti paratha. Dah lama tak makan.. & cakap sal roti, ada satu kisah yang Zam nak kongsikan kepada anda yang dipetik dari FB. Sama-sama kita hayati k ;)



Alkisah roti terbakar

Ketika Safwan masih ialah seorang budak, ibunya selalu menyediakan sarapan baginya dan bapa sebelum Safwan ke sekolah dan mereka pergi bekerja.

Satu hari mak terbangun lewat, dan ketika tergesa-gesa menyediakan roti bakar, roti terlebih hangus.

Safwan melihat roti yang hitam itu terus kehilangan selera. Akan tetapi, bapanya terus mengambil roti tersebut lalu menyapunya dengan jem dan mentega dan terus makan.

Bapanya senyum pada ibu Safwan ketika makan roti tersebut. Roti yang Safwan tidak makan juga dihabiskan oleh bapanya.

“Maaf bang. Roti terbakar hari ini,” kata ibu Safwan pada bapanya.

“Yang, abang suka roti terbakar itu. Senyum,” jawab bapanya.

Ketika bapa menghantar Safwan ke sekolah, Safwan bertanya: “Betulke abon suka makan roti yang hitam bakar yang mak buat tadi?”

Bapa meletakkan tangan di bahu Safwan sambil menepuk: “Mak dah buat yang terbaik. Malam semalam mak tak tidur dengan baik kerana sakit kepala. Lagipun, roti yang terbakar itu tak menyakitkan sesiapa kalau dimakan.”

Wahai anakku,
Hidup ini penuh dengan ketidak sempurnaan termasuklah juga manusia. Kamu bukanlah manusia terbaik. Aku juga sama.

Aku juga kadang-kala tidak mengingati harijadi mahupun ulangtahun seperti orang lain. Aku juga akan tersilap berkata-kata. Tapi aku telah belajar menerima kelemahan orang lain – dan meraikan persamaan yang ada.

Dan inilah kunci untuk membina hubungan keluarga dan sahabat secara sihat dan berpanjangan.

Wahai anakku,
Terima kasih dan maaf atas segalanya. Semoga hubungan berkekalan.

Selamat Tahun Baru 2014.


20 comments:

  1. Slmt thn baru abe..hngus pun hngus la..mkn jela..hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. selagi boleh dimakan, makanlah kan.. asal tak jadi arang :))

      Delete
  3. nice story.. betul tu, manusia tak selamanya sempurna, kadang2 ada silapnya.. Apapun, selamat Tahun Baru 2014

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks AIna untuk pendapat tu :)) & slmt thn baru juga ;)

      Delete
  4. ada maksud tersirat yg ingin disampaikan..thnaks for sharing..selamat tahun baru 2014 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semoga dapat diamalkan bersama.. selamat tahun baru juga ;))

      Delete
  5. I love this. Thanks, abe! :) Happy new year. God bless!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome! thanks, & hava a nice year ahead Vee!

      Delete
  6. Hohoho.. Pengorbanan isteri jangan di sia-sia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehem2.. mcm sangat memahami je entri ek.. hehe

      Delete
  7. beruntung kalau ada suami sebaik ayah safwan ni. dapat terima kelebihan dan kelemahan isterinya

    ReplyDelete
  8. hangus is a lot better than none at all... right? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hangus is a lot better than rentng mcm arang.. hehe

      Delete