e

Tuesday, January 21, 2014

PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BEN ASHAARI

Assalamualaikum & selamat malam semua. Dalam entri yang lepas, Zam ada beritahu kepada para pembaca bahawa Zam diminta membuat review penggunaan produk Ephyra setelah memenangi satu set percubaannya (10 sachet) sempena Contest Ephyra Di Hatiku Bersama Ben Ashaari. Alhamdulillah, jadi dengan ini Zam nak kongsikan pengalaman & pendapat peribadi Zam mengenai produk Ephyra ini.


Perubahan Ketara Pada Diri


Kesan yang dialami oleh setiap pengguna Ephyra mungkin berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain, dan ia mungkin mengikut kondisi kesihatan mereka. Pada Zam, kesan paling ketara dirasakan ialah pada sistem pencernaan yang menjadi semakin lawas- yang mana merupakan sesuatu yang Zam jarang rasakan sebelum ini.

Tentang rasanya, tak perlu bimbang untuk mencubanya kerana selain berperisa seperti oren, ia juga mempunyai bau yang menyenangkan. Pertama kali Zam meminumnya, Zam terus suka & rasa tak sabar untuk minum pada keesokan harinya pula.

Namun apa yang paling ketara, Zam perasan tona kulit pada wajah menjadi semakin cerah. Kerap terdedah kepada panas & bahang matahari melalui rutin harian Zam selama ini, menjadikan kulit Zam sedikit gelap. Namun setelah menggunakan Ephyra, kulit Zam bertambah cerah dari sebelumnya. 

Dan yang paling menarik, bila ada rakan yang menegur tentang perubahan pada wajah Zam. Katanya, Zam makin berseri di awal tahun.. Alhamdulillah.. Berkat penggunaan produk ini barangkali, selain semangat memulakan kehidupan di tahun baru.


Perbandingan Dengan Produk Lain

Untuk pengetahuan semua, sebelum mencuba Ephyra, Zam pernah menggunakan beberapa produk lain dalam usaha mendapatkan tona kulit yang lebih sekata dan cerah (berikutan aktiviti luar Zam yang sering terdedah kepada cahaya matahari). 


Setakat ini, setelah dibandingkan sekotak percubaan Ephyra 10 sachet dengan sebotol AG Factor (60 kapsul untuk penggunaan sebulan) & sekotak Kyusoku Bihaku (juga 60 kapsul untuk penggunaan sebulan), perubahan paling ketara & yang paling menampakkan hasil dalam memberikan kecerahan pada kulit dalam masa yang begitu singkat ialah Ephyra. Dan dari penggunaan ketiga-tiga produk, Zam paling berpuas hati dengan produk Ephyra.

Jadi diharapkan dengan review yang disediakan oleh Zam ini dapat memberikan feedback yang berguna kepada pembaca lain, serta pihak OceanLife (pengedar produk ini) dalam menjelaskan keberkesanan produk mereka kepada umum.

PS: Ucapan terima kasih Zam ucapkan kepada blogger Ben Ashaari untuk penganjuran contest ini pada tahun lepas dan pihak OceanLife yang sudi menawarkan hadiah Ephyra kepada pemenang :))


BUAT RAKAN BLOGGER DAN PEMBACA BLOG ZAMANI ABE, DAPATKAN EPHYRA ANDA PADA HARGA ISTIMEWA YANG LEBIH MURAH~
HANTARKAN PESANAN ANDA DENGAN MENGISI BORANG

24 comments:

  1. Wah, makin membuak2 hati kiera nak cuba produk ni. Semua blogger banyak dahh guna. issh, nak guna cuba :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah k, mnlh tahu sesuai dgn Cik Kiera :D

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah.. mmg tersa dan nampak kesannya :)

      Delete
  3. Kena try ni zam, akak ni terdedah dgn cuaca panas & angin laut...mmg kulit x berseri. Banyak produk di pasaran tapi akak suka pencerahan dari dalam, bukan rawatan kulit dari luar. Agaknya Ephyra ini sesuai, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah kak.. mn tahu kli ni menjadi klu cuba Ephyra.. pencerahan dr dalam pun penting.. kira tambahan la :)

      Delete
  4. kena kumpul bajet gk ni.. hehe .. tgk blogger intan berlian pakai pun makin berseri muka...

    ++ abe zamani , tq singgah blog kecil sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, cubalah k klu ada rezeki.. :)) contoh pun dh ada kan

      btw, sama2 :) & thanks sb sudi bt knjungan ke mari

      Delete
  5. Hmmm... dah ramai cuba... nnti nak cuba jugak laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. cubalah.. mana tahu serasi :)) kan

      Delete
  6. wah! patot la berseri2..itu rahsianya :)

    ReplyDelete
  7. kan..kan..memang terbaik hasilnya.. :) singgah cni... dari contest yang sama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. haa.. thanks ae sb sgh.. all the best ;)

      Delete
  8. assalamualaikum zamani...mmg best hasilnya...:)

    ReplyDelete