Pagi tadi, buat pertama kalinya Zam masuk mengajar Tahun 3 untuk subjek Sains. Memandangkan sekolah Zam sekolah khas (masalah penglihatan), jadi murid tak ramai dan untuk tahun 3 kali ni cuma ada 2 orang murid saja, seorang lelaki seorang perempuan. Nak dijadikan cerita tadi, entah kenapa tiba tiba Zam rasa sayu tengok murid perempuan tu gunakan kanta pembesar untuk baca buku teks. Bacaan pun tersekat sekat sebab dia rabun.
Rasa pelik sekejap. Dalam 8 tahun mengajar murid khas ni, dah lama Zam tak tangkap sayu macam tu. Tersentuh bagai.. Fikir punya fikir, mungkin sebab sebelum ni Zam dah keras hati bila melayan kerenah murid murid khas yang nakalnya tak ada beza pun dengan murid normal. Mungkin juga, ini kali pertama Zam mengajar murid tahap satu yang innocent. Perempuan pulak tu.. Adeh... Cepat cepat Zam kontrol perasaan..
So apa kaitan dengan gambar bunga kat atas ni? Adakah Zam jadi mat bunga sebab tangkap nangis?
Haa.. Itu Bahan Bantu Mengajar untuk topik Sains hari ni. Sebab dia gegirl, Zam gunakan bunga yang sinonim dengan perempuan untuk tarik minat dia. Minta dia buat perbezaan bunga dengan daun. Lagipun warna bunga yang terang tu sesuai digunakan untuk mengajar murid murid kami.
Assalamualaikum.. baru sheila tahu zam ni cikgu rupanya. kesiannya kecik2 dah rabun. budak2 kena dipaksa makan sayur baru cerah sikit mata, ye dok?
ReplyDeletewaalaikumussalam.. yup, Zam cikgu.. sbnrnya budak2 zam ni rabun lain.. bukan mcm rabun biasa.. mereka kategori OKU
DeleteBetapa Zam perlu bersyukur dapat mendidik anak yg begini. Besar sungguh ganjaran berlipat-kali ganda berbanding mengajar mereka yg sempurna.
ReplyDeleteAda hikmah disebalik tiap yg terjadi.
aminn kak.. insya Allah Zam akan ingat tu selalu :) thanks ya
Deletesalam. sekeras - keras kerak nasi akan lembut jua. begitu jua hati takkan dapat lari dari emosi. kesabaran dan ketabahan teman terbaik...
ReplyDeletecayalah~ terbaik ayat bro!
Deletealah...sekeras-keras lembut juga akhirnya.
ReplyDeletemcm kerak nasi ae ;)
Delete1st time ikut abg g skolah khas, mmg rasa sayu yg amat.....overall dorang ni nakal2 jg kan...heheh..1st impression I love them !
ReplyDeletebaguslah kalau sukakan mereka ;))
DeleteMengajar mereka ni merupakan anugerah yg terindah kn?
ReplyDeleteinsya Allah... semoga zam nampak smua tu
Deletekekurangan itu Allah sertakan 1001 kelebihan yang kadngkala tidak terjangka dik akal..moga terus bersemangat mendidik mereka hingga berjaya..ameenn..
ReplyDeleteinsya Allah.. thanks 4 the doa :)) aminnn
Deleteassalamualaikum zamani...kesian nyer die...:(
ReplyDeletewaalaikumussalam kak.. memang tersentuh hati jap
Deletekalau saya mungkin dah nangis Zam. tak sampai hati melihat anak-anak kecil yang kurang upaya ni
ReplyDeleteMemang amat mencabar mengajar kanak2 hyperaktif ni.. Ada seorang yg Nurul kenal.. pun dah Nurul surrender.. semoga Allah mengurniakan kesabaran dan ketabahan pada Zam dalam mendidik mereka. In shaa Allah.
ReplyDelete