e

Saturday, February 22, 2014

100 Doraemon Secret Gadgets Expo Kuala Lumpur


Assalamualaikum & selamat pagi  semua. 100 Doraemon Secret Gadgets Expo yang berlangsung di Kuala Lumpur (Viva Expo Hall, Cheras) mulai 14 Disember tahun lepas sehingga 23 Mac ini merupakan pameran yang julung-julung kali diadakan di Asia Tenggara. Doraemon, watak animasi yang banyak memberikan kenangan zaman kanak-kanak kepada sebilangan besar masyarakat kita kini tampil di Malaysia dengan membawa replika gadget ajaibnya bersama. Pasti menjadi sesuatu yang menggamit memori, apabila anda dapat mengenali gadjet-gadjet terkenal Doraemon dengan lebih dekat.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Expo ini:

Tarikh: 14 Disember 2013 hingga 23Mac 2014
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Tempat: Viva Home Shopping Mall

Bayaran:
RM25 (Dewasa)
RM15 (Kanak-kanak 4-12 tahun)
Percuma (Kanak-kanak di bawah 3 tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas, OKU dengan ditemani oleh orang dewasa dan pemegang tiket)

Untuk info lanjut, anda boleh berkunjung ke http://www.100doraemon.com/

15 comments:

  1. nak pegi !!agak frust sbb spatut nye pegi ary ni .tp tpaksa cancel .....

    ReplyDelete
  2. Ohhh, dah lama dah la start nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah... dh lama. :) tp msh ada masa buat mereka yg nak pergi

      Delete
  3. member dah pergi...katanya best sangat,,,tapi ada bayaran dikenakan....nak beli gadjet semuanya mahal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak mahal juga bg zam harga bayaran tu.. dan cenderamata yg dijual pun mahal

      Delete
  4. Doraemon World.. awesome.. gadget2 dua pun, konfem mahai ni. hehe

    ReplyDelete
  5. oh ada member dah gi dan buat review skit psl expo ni, tengok pics mcm kurang menarik sikit expo doraemon ni sbb bnyk replika dia mcm cardboard n mostly warna kelabu... pintu suka hati mana boleh kaler kelabu, pintu suka hati mestilah warna merah!! huh... hahaha ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. sbnrnya simple jek pameran ni.. sekejap pun dh leh habis.. cuma klu jenis suka bergambar, mungkin amik masa lepak sana

      Delete
  6. tgk entry sally arii tuu.. best sgt !! kalo zara kat sna pon.. confirm nak pegi even bukan peminat tegar doraemon.. hihi

    ReplyDelete