e

Thursday, February 20, 2014

Bila Zamani Ditegur Berjalan Pelik

Assalamualaikum & selamat petang semua.. Hari ni, ramai dah rakan yang bertanya kepada Zam, kenapa Zam berjalan sedikit pelik hari ni.. Zam ditegur kerana berjalan dengan postur badan yang senget, dan menoleh ke kiri kanan macam robot.. Haa agaknya korang tahu tak kenapa Zam jadi macam tu?



Semuanya gara-gara Zam tersalah tidur malam tadi.. Sakitnya sampai sekarang tak hilang.. Ada yang sarankan ikut petua pukul badan yang sakit tu dengan bantal yang kita gunakan semasa tidur tu. Siapa ada yang tawarkan diri nak pukul badan Zam kuat-kuat dengan bantal tu.. Haha.. Adoilah.. 

Ingat kursus yang Zam bagitahu semalam? Nampak gayanya, Zam tak dapat pergi untuk hari yang kedua (hari ni). Sakit sampai nak bergerak pun terbatas. Jadi ingat nak berehat je di rumah. Sebelum balik, sempat beli pain killer kat farmasi.. Nak tunggu balik rumah & pukul diri sendiri dengan bantal, lambat cerita..

PS: Beringat lah sebelum tidur.. jangan main hentam je landing.. huhu

17 comments:

  1. cik nor slalu kna..nak nangis rasanya..hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa terseksa skit.. bru thu nikmat nya sihat

      Delete
  2. baru nak cakap salah bantal... get well soon zam, akak tak pernah kena so tak tau cam ner... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak.. alhamdulillah lps mkn pain killer tu dah ok :))

      Delete
  3. oh penah kena, lepas tu ada member offer pukul belakang dengan bantal, "dipukul" belakang 3-4 kali dengan bantal, pastu hilangla jugak sakit belakang... kakaka, kalau ingat balik, memang rasa agak kelakar ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius hilang ke dgn cara tu??

      Delete
    2. boleh dikatakan hilang la, ataupun sakit belakang masa tu takde la serius sgt ;3

      Delete
  4. Lps ni kena beringat2 la Zam ya !!!
    Moga cepat sembuh ..
    Nak landing nanti kena ingat2 selalu ....

    ReplyDelete
  5. Yang tegur tu sayang kat anda....menjadi perhatian anak dara. hihihi

    ReplyDelete
  6. memang sakit kalau kena begini, orang cakap salah urat time kita tidur tu tak tidur ikut posture badan, tu yang sakit leher......

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. bila dah letih sgt n tertidur lena, mmg tak kisah sgt dh postur bdn masa tdo... huhu

      Delete
  7. Uh, sy pernah hadapi mcm zam mmg sakit tp sy lawan kan jugak sakit tu. haha...

    ReplyDelete
  8. org kata..ambik bantal yang digunakan tue..jemur kat panas..kemudian tidor semula dengan bantal tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa yg ni zam terlupa.. thanks sb ingatkan blik :)

      Delete