e

Monday, February 17, 2014

Cuma Bertiga

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Buat kali pertama belajar di OUM untuk semester tahun ini, kami hanya tinggal bertiga di bilik kuliah. Dulu, kami semua 7 orang (option kami Pend. Khas, jadi memang tak ramai). Kalau kelas lain, mahu sampai 30 orang. Apapun mujur juga masih berteman, kalau jadi macam kelas lain yang cuma seorang saja studentnya, memang tak ada peluang la nak buat benda lain la nak hilangkan mengantuk & boring.. Mana taknya, mengadap tutor sepanjang 2 jam seorang diri.. Semua soalan pun kita yang kena tanya.. Haha

Ps: kebetulan semalam, kami bertiga pakai baju yang sewarna - hijau.. Boleh teka baju Zam tu dibeli dari mana? :)


11 comments: