e

Wednesday, February 26, 2014

Zam Nak Hasilkan Produk Kecantikan Jenama Sendiri

Assalamualaikum & selamat petang semua. Zam Nak Hasilkan Produk Kecantikan Jenama Sendiri- berkenaan tajuk entri ini, sebenarnya Zam nak kata betapa mudahnya di zaman sekarang ni kalau nak jadi pengasas produk kecantikan. Anda semua pun boleh juga. Asal ada duit, semua boleh jalan. Apapun, bukanlah Zam betul-betul nak jadi pengasas produk kecantikan ye.. Saja je tulis tajuk entri macam ni.

Perasan tak, sekarang ni macam-macam produk muncul di pasaran terutamanya untuk memutihkan kulit. Dan dari apa yang Zam perasan, biarpun nama produknya berbeza-beza, dari pengasas yang berlainan, produk mereka lebih kurang sama- dari  sabun, krim siang (warna oren), dan krim malam (warna putih berkilat). Warna pun sama. Jika ada yang berbeza pun, dari segi pembungkusan. 

Kenapa Zam perasan? Ha.. Sebab Zam selalu buat carian tentang produk ni.. Rata-ratanya, semuanya sama saja!

Mengapa ini berlaku? Sebenarnya pengilang asal produk ini memasarkan krim ini secara meluas untuk sesiapa yang ingin menghasilkan produk jenama mereka sendiri. Maka dengan itu tak hairanlah semuanya sama..



Isunya sekarang, sejauh mana status dan jaminan ia selamat digunakan oleh kita? Sekarang ni, kecoh di media massa berkaitan produk-produk seumpama ini kerana mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti merkuri. Untuk bacaan lanjut, anda boleh ke pautan ini: http://bit.ly/OBgz49

21 comments:

  1. menakutkan..sebab tu le saya lebih suka beli jenama fair n lovely ke..yang ada kat pasaraya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berhati2 dan lebih peka di kemudian hari kan

      Delete
  2. x berani laa nak pakai produk yg bukan²...akak pakai cetaphil jaaa...selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cetaphill? 1 st time dgr.. nk kna google ni

      Delete
  3. selalunya diaorang beli dari dealer yang sama dan rebranding kepada brand memasing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan komen farah tu..memang ada produk kecantikkan yang rebranding produk product kecantiikan lain..rasanya kalau nak buat produk sendiri macam2 proses kena lalui termasuk mendapatkan kelulusan dari sirim...

      Regards,
      -Strider-

      Delete
    2. yezza... istilah yg lebih tepat.. rebaranding kan.. pdhal produk sama.. yg untung, pihak pengeluar lah

      Delete
  4. cik nor guna garnier,..alhamdulillah xder apa2 lagi..

    ReplyDelete
  5. ramai sangat nak putihkan kulit, ada permintaan maka adalah penawaran kan.....

    ReplyDelete
  6. memang tengah meluas produk2 ni..ada yang dijual pada harga tak masuk akal pun..murah sangat..Ayesha dah serik sejak kena dulu..teruk muka kena..sebelum org lain kena, Ayesha dah lama kena..huhu..skrg pakai safi je..dijamin halal pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal pun tak leh, murah pun tak leh.. tp appn kan, yg penting ia seimbang dgn kualiti dan jaminan keselamatan menggunakannya

      Delete
  7. tu la sekarang macam macam produk... kesannya cepat pulak tu... bole percaya ke

    ReplyDelete
  8. perkh, macam2 sekarang...kalau x yakin tak perlu kot..

    ReplyDelete
  9. sy dah pkai mcm2 produk nk buang parut jerawat...xda yg berkesan...tp yg latest sy guna, Royal Expert White Cream sgt berkesan...serius parut pudar dan kulit nmpk gebu...tp kulit x putih pun ... ramai yg dah try..xda bahan kimia berbahaya... beli scara online, sbb diorang x jual secara besar besaran lg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih utk review tu.. ni yg zam berminat nak tahu ni

      Delete
  10. macam2 sekarang nie ...
    kita pon kdg2 jd takut plak nak beli produk2 penjagaan diri nie ...
    pakai yg semulajadi yg dibuat sendiri jer la untuk selamat ...
    yg semulajadi walaupon kesannya lambat tp tak memudaratkan berbanding
    kemudaratan yg kita dapat bile menggunakan produk yg kita tak tahu apa isikat dalamnya ..

    ReplyDelete
  11. DR Rochelle Skin Expert is the best skin care for all your skin problem, free of mercury and hydroquinon. It's very save to apply to your skin. Rejuvenating your skin face with DR Rochelle Skin Expert products.

    Dr Rochelle Skin Expert package consists of facial cleanser, clarity toner, instantly perfect bb cream, and brightening repair. Hasil boleh nampak dalam masa 14 hari.

    We are authorized dealer in Malaysia. For more info & order please send your inquiry to :
    Adzwan
    Telp/SMS : 0123796229 / 0129381556.
    Pin BBM : 21950D17
    http://www.drrochellemy.com/

    ReplyDelete