e

Sunday, March 2, 2014

Habiskan Baki Hari Ahad Yang Sunyi.. Perlukan Masa Bersendirian

Assalamualaikum & selamat petang semua.. Selesai urusan tutorial di OUM, Zam ke bandar dulu mencari sedikit barang dapur sebelum pulang ke rumah untuk berehat. Jam dah 3.30 petang, tak banyak lagi masa yang tinggal untuk Zam berehat-rehat di hari Ahad, tapi apa boleh buat kan dah rutin Zam sebagai seorang pelajar OUM..

Tapi pulang ke rumah bukan terus dapat berehat. Memandangkan Zam tak makan tengah hari lagi, Zam kena memasak dulu. Ayam di dalam peti sejuk Zam keluarkan untuk digoreng celup tepung. Tanak nasi segengam dua untuk sekali makan. Yogurt yang dibeli semalam zam keluarkan juga untuk dibuat raita bawang. Siap segala, Zam makan dengan berselera.. Lapar sangat..

Dalam perjalanan balik lagi, Zam rasa nak cepat-cepat sampai di rumah. Nak lari dari kesibukan dan orang ramai di luar dan habiskan masa yang ada di rumah dalam susana tenang.. Biarlah sunyi pun.. Janji Zam rileks & happy bila berada di rumah..


muka letih..

10 comments:

  1. Cegu Zam mmg suka memasak kan hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah.. hobi lama yang digiatkan semula :)

      Delete
  2. sedih sangat haa muka..nmpk penat dia...sally hujung bulan ni pun dah start kelas...

    ReplyDelete
  3. bagus.. rajiin jugak masak sendiri, dari beli di luar :)

    ReplyDelete
  4. bagusnya zam..msk sendiri kat umah...cik nor klu keluar mesti tapau kat luarlah..hihik

    ReplyDelete