Assalamualaikum & selamat malam semua. Disebalik keghairan mereka yang berjaya mendapatkan keputusan yang baik untuk SPM hari ini, tentu ada dikalangan adik-adik yang kurang bernasib baik. Apapun realiti dunia masa kini dik, SPM bukan penentu kesudahan hidup selepas ni. Memang betul, orang di sekeliling akan mengharapkan A, mengagungkan bilangan A yang ada pada slip keputusan, bertanyakan berapa A yang anda dapat untuk mengukur dan menilai anda, tapi, biarkanlah mereka.. Be strong.. Tak lama nanti, senyaplah mereka.. Orang boleh menilai dan berkata apa sahaja tentang anda sekarang, tapi mereka tak tahu kita juga boleh berjaya di masa akan datang di dalam kehidupan asalkan kita berusaha di dalam bidang yang kita minati. Terus mengejar impian untuk menikmati hidup yang lebih baik di masa depan, ya ;)
SPM bukan penentu masa depan..
ReplyDeletebkn segalanya
Deleteterus berjaya dalam hidup...
ReplyDeletebegitulah :))
DeleteSetiap kejayaan ada kegagalan dalam masa silamnya, yang penting jangan berhenti belajar dari kesilapan dan terus berusaha, yeah! ^^
ReplyDeletebetul tu!
DeleteIni baru permulaan...perjalanan masih jauh...
ReplyDelete