e

Friday, March 14, 2014

Punca Jerebu Melanda Ibu Kota

(sumber)

Assalamualaikum & selamat petang semua.. Dalam minggu ni, ramai juga yang memperkatakan tentang jerebu di blog dan Facebook, cuma tak rancak seperti selalu sebab ramai yang membicarakan tentang pesawat MH370 yang telah masuk hari ke 7 menghilang. Rasanya yang paling teruk terjejas ialah Kuala Lumpur, Putra Jaya dan beberapa tempat di Selangor seperti di Pelabuhan Klang yang telah mencatatkan paras bahaya. Jadi buat anda yang mendiami di kawasan titik panas ini, kurangkan aktiviti luar dan jika tidak dapat elakkan juga, gunakanlah mask ketika berada di luar ya.

Macam biasa, punca jerebu kali ini dikaitkan dengan pembakaran hutan yang meluas di Riau. Ini dijelaskan melalui berita Astro Awani yang mengkhabarkan, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang memberi amaran kepada pemimpin Riau atas isu ini. Asap tebal yang menyebabkan jerebu ini bukan hanya melanda negara kita, malah negara mereka. Untuk membaca artikel penuh, anda boleh hit pada pautan ini: Susilo Beri Kata Dua.

PS: Disebabkan aktiviti tidak bertanggungjawab sebilangan manusia, orang lain yang menjadi mangsa.. Tak patut betul.. #Mohon Asapnya Ditelan!

4 comments:

  1. harap2 hujan turun dlm masa terdekat ni, m'sia sdg diuji dengan hebat... bnyk2 la kita berdoa kpd-Nya, dan selepas ini bila dah reda, marilah kita terus menerus berdoa dan mengutamakan Allah Taala dalam kehidupan kita...

    ReplyDelete
  2. teruk kan jerebu.. kakak deno ada balik ganu, dia cakap lega sgt balik ganu .. udara bersih... kesian pulak tempat yg ada jerebu ni .....

    ReplyDelete