e

Wednesday, March 5, 2014

Simptom Strok Haba - Hati Hati Jika Anda Terasa Seperti Ini


Assalamualaikum & selamat pagi semua. Alhamdulillah, dalam kepanasan cuaca akhir-akhir ni, Kuching baru saja menerima hujan sebentar tadi. Sejuk lah sikit hari ni. Jika sebelum ini, ramai rakan Zam yang mengadu terasa seperti hendak demam disebabkan cuaca panas yang terlampau, termasuk Zam sendiri.

Apapun, ada yang lebih bahaya dari demam- kesan dari kepanasan yang melampau ini iaitu strok haba (heat stroke). Antara tanda-tanda awalnya ialah sakit kepala (berdenyut), mual, kurang berpeluh walaupun ketika suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. Selain itu, tanda tanda lain yang dikenalpasti ialah kejang dan lemah otot, muntah, kulit kering dan kemerahan, pitam dan sawan. (sumber)

Menurut pakar, suhu yang tinggi boleh mengundang kepada kompilasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sesorang itu koma dan boleh mengundang maut.

Beberapa langkah yang boleh diambil jika seseorang itu dikenalpasti mendapat strok haba ialah dengan meletakkannya di tempat yang teduh, memasang kipas kepadanya, mengelap tubuhnya dengan tuala lembap, atau merendamkan badan ke dalam kolam air.

Pesanan buat orang ramai juga, agar mengurangkan aktiviti di luar dan kerap meminum air-sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

PS: Sama-samalah kita amalkan ye :)

27 comments:

  1. Haa.. wife saya pon semalam dah nyaris-nyaris accident sebab heat stroke ni masa tengah bawak kereta kat highway. Tanda-tanda dia rasa tak selesa, rimas, lepas tu jantung berdegup kencang.. mata nampak berpinar dan berair... rasa macam khayal... Mungkin sebab kereta park tengah panas sepagi dah, masuk dalam kereta tu tentunya sangat panas...
    Kena beringat sebab suhu musim sekarang tinggi... kita tak sedar sangat sebab biasa dah tapi bahaya kalau terkena serangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah.. mujurlah tak ada apa2.. bahaya tu.. nauzubillahiminzalik dr ahli keluarga kita

      Delete
  2. Takut juga sebab kat JB pun sama panas berdenting. Kakak kalau balik kerja sebelum masuk kereta buka dulu tingkap on air-cond dah ok baru kakak drive balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo bagus kak amik langkah berjaga2 mcm tu.. boleh jd tips kpd yg lain

      Delete
  3. nasib baik tanda2 tu tak de dekat Ayesha..tapi takut jugak..terima kasih yea cikgu zam sebab share :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjaga2 ae lps ni.. sama sama ayesha :)

      Delete
  4. Assalamualaikum zam, alhamdullilah. sheila dah habis ganti puasa. so dah boleh mula minum air banyak-banyak... kalau tidak, terasa juga simptom2 ni ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. alhamdulillah.. dipermudahkan urusan

      Delete
  5. Wah bahaya betul nie kena byk minum air

    ReplyDelete
  6. serius memang bahaya. ade kawan pernah kena dulu

    ReplyDelete
  7. bahaya tu...buat masa skang lom ade lagi tanda² cam zam ckp tu...klu bleh xmo laa dpt penyakit tu...jaga kesihatan masing² ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nauzibillahiminzalik.. semga dijauhkan dr kita

      Delete
  8. mmg kena minum air lebih dari kebiasaan. bahaya kan..semoga dipermudahkan segalanya buat kita di seluruh bumi malaysia ni

    ReplyDelete
  9. satu penyakit rupanya,ayie ingat perkara biasa je apa yg ayie alami ni,rupanya tanda-tanda yg zam ckp tu hampir semua ayie alami,takutnya..=(
    thanks zam share hal ni,kalau tak ayie tak tau pun..doakan ye takde pape yang bukan-bukan jd kt ayie..

    ReplyDelete
  10. memang bahaya kalau kena strok haba ni

    ReplyDelete
  11. hari tu housemate pernah terkena sib baik tau cepat. ambil mc rest kat rumah.

    ReplyDelete
  12. Harus berjaga-jaga mulai sekarang...rehatkan diri kalau kena...

    ReplyDelete
  13. good info!=)
    http://ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete