e

Friday, March 14, 2014

Tutorial Susun Banner Iklan Dengan Kemas Di Bawah Header

Assalamualaikum & selamat pagi Jumaat semua :)

Sebelum ini, Zam pernah menghadapi masalah dalam menyusun banner iklan di bawah header blog. Disebabkan banner iklan yang agak banyak, jadi seboleh-bolehnya Zam nak tampilkan blog yang lebih kemas kepada pengunjung. Di bawah ini, antara masalah yang Zam maksudkan:

Banner Iklan Tidak Berada Di Tengah Blog



Biasanya, banner yang dipasang di blog akan tampil/berada di tengah-tengah blog anda. Namun, ada sesetengah coding html banner yang diberikan kepada anda oleh pihak pengiklan tidak diset untuk berada ditengah-tengah layout blog.

Jadi untuk mengatasinya, apa yang perlu dilakukan ialah hanya memasukkan coding seperti berikut:

 <center> kod iklan </center>

Mudah je kan? Bagi masalah kedua pula:

Ruang Besar Di Antara Banner

Bila dah banyak banner iklan di blog, tentu blogger ingin menjimatkan penggunaan ruang semaksimum mungkin dan merapatkan kedua-dua banner tersebut.

Untuk masalah ruang yang agak besar diantara dua banner di atas, apa yang perlu dilakukan ialah dengan memasukkan kedua-dua code html banner tersebut dalam 1 div yang sama.

Seperti biasa, pergi ke Layout, kemudian ke Add A Gadget, dan pilih HTML JavaSript


Dan masukkan kedua-dua code html tersebut bersama:


Seterusnya, tekan save dan anda akan dapat hasilnya :)

Untuk kedua-dua penyelesaian masalah ni, Zam berterima kasih sangat kepada seorang blogger ni.. Dari dia, Zam dapatkan banyak tips dan tutorial dalam berblog. Nak tahu siapa blogger yang Zam maksudkan? Haa... Boleh hit PAUTAN INI ya ;)

7 comments:

  1. salam jumaat zam...Terima kasih atas tutorial ini...tutorial kedua tu terbaik...lagi senang..tak banyak nak serabutkan banyak sangat html kan..

    ReplyDelete
  2. Mudah kan nak buat cenggini. Selalu solehah skali kan je bannner2 tu supaya xbyk sgt dalam layout.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zam. wahh bagusnya tutorial ni. hehehe selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
  4. untung orang ada iklan bnyak nie..
    hehehe..
    lepas ni boleh ler kasi shark satu iklan ;p

    cara bro susun iklan mmg terbaek.
    nampk kemas bila suma dh center.

    ReplyDelete
  5. waa..simple je,thanks zam,bermanfaat ni =)

    ReplyDelete
  6. uih tengok iklan2 tersusun kemas ni sedap mata memandang, nak klik pun ada semangat skit kekeke ;3

    ReplyDelete
  7. salam bro, blog yg simple dan tersusun

    ReplyDelete