Selesai solat Jumaat petang tadi, Zam ke pasar tani berdekatan untuk mencari jagung. Tujuannya, untuk dibawa bersama ke tempat perkelahan esok (insya Allah, jika tiada aral melintang). Apapun sebelum ke mana maa esok, kenalah pastikan Zam sihat sepenuhnya.. Tu sibuk mencari ubat tahan sakit tadi di Guardian.
Sekarang ni ramai pula yang berjual jagung.. Hari tu, ada staf yang beli jagung ni dari penjual yang datang ke sekolah, 13 tongkol, RM10. Tadi di pasar tani, 8 tongkol RM10.. Nak buat macam mana, harganya memang berbeza-beza ikut tempat. Kalau dapat beli direct dari pekebun, memang leh dapat murah.
Malam ni nak tidur awal.. Tapi mata ni sibuk nak tengok masterchef lak.. Mulut dah menguap dah ni.. Kepala lak sakit.. Mungkin sebab overdose ubat..
seronoknya nak pergi berkelah..lama tak berkelah... nak pergi jeram takut kencing tikus...laut pulak tak ada belah-belah ni... nak pergi waterpark... mahal lah pulak... rindu nak pergi berkelah... D
ReplyDeletebtw... take care... ubat apa yang overdose tu...seram bunyinya...
yang kencing tikus tu mmg seram kan..
Deleteubat pain killer.. huhu
buat bubur jagung sodap ni..
ReplyDeletekan kan.. faveret zam tu
Deletekelah, kelah, berkelah
ReplyDeleteikan kelah ke dek? wow.. abe tringin nak makan
Delete