e

Monday, April 14, 2014

Hanya Keluarkan 30 Sen Untuk Membayar 7 Buah Buku Di MPH


Assalamualaikum & selamat petang semua.

Memandangkan ibu Zam datang berkunjung ke Sarawak 2 hari lepas, Zam ajak ibu ke MPH untuk membeli buku-buku di sana. 30 sen untuk 7 buku? Macam mana Zam dapat beli banyak buku dengan harga semurah tu?

Sebenarnya Zam berbelanja di MPH dengan Baucar Buku 1 Malaysia yang Zam terima 2 minggu lepas dari OUM. Harga sebenar untuk 7 buah buku tu ~ RM167. Tapi lepas gunakan Kad Siswa untuk 10% potongan harga dan baucar buku bernilai RM150, Zam cuma keluarkan 30 sen untuk membayarnya. Kira sangat-sangat berbaloi berbelanja membeli buku-buku dengan penjimatan sebanyak tu :))

Membeli buku kali ni, memang Zam cerewet dalam memilih dan seboleh-bolehnya, Zam tak nak membazir. Zam pilih buku yang betul-betul nak dibaca saja untuk dibeli. Sebab tu, ambil masa juga masa nak memilih.

18 comments: