e

Tuesday, April 1, 2014

Harga Sebuah Kapal Terbang Di Airport


Assalamualaikum & selamat pagi.

Baru-baru ni ada anak seorang rakan sekerja Zam yang terlihat model kapal terbang MAS yang Zam letakkan sebagai hiasan di atas meja. Dah lama Zam letak disitu, sejak membelinya tahun 2012 dulu. Jadi terus dia beritahu pada ibunya (rakan Zam), yang dia mahukan juga sebuah model kapal terbang seperti itu. 

Jadi ibunya pun bertanyakan tempat di mana Zam membelinya. Model tu, Zam beli di sebuah kedai permainan di Sarawak Plaza dengan harga RM29.90. Itu lebih murah, jika dibandingkan dengan model/jenis yang sama yang dijual dengan harga RM89 di KLIA.

Namun, jika di Downtown Mines (berhampiran rumah Zam di Serdang), Zam dapat membelinya dengan harga RM19 dari sebuah gerai yang menjual barangan hobi. Beli tiga, RM50.. Model yang memang sama dengan di KLIA dan di Sarawak Plaza.

Motif entri ini: Sebelum membeli sesuatu barang, ada baiknya kita survey dulu harganya di kedai-kedai lain untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

16 comments:

  1. Saya selalu bandingkan harga antara kedai2 tidak kiralah online mahupun offline kalau nak beli barang

    ReplyDelete
  2. hahaha... ingatkan harga kapal terbang betul... model rupanya... ada jugak dengar di Kuantan, pon murah... kedai jual model kapal terbang, kereta, dan kapal laut dsb :D.

    ReplyDelete
  3. nak murah sila mai beli kat DCA nie..hehehe...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. boleh tahan gak mahal kannn. ayah sheila pengumpul model kapal terbang. hehehe singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe dah tamat ke belum ek?

      Delete
    2. Thanks sis :)) oo.. peminat juga ya ;)

      Segmen tu dah tamat sis.. sorry ye

      Delete
  5. angah,bila nk belikan zaf kapal terbang???
    errr
    #Larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu tak mintak ms kat downtown.. heheh

      Delete
  6. betol tu. baik survey habes2 dulu before rasa diri tertipu..hihihi

    ReplyDelete
  7. Akak ada model nie...hadiah dari blogger...

    ReplyDelete