e

Thursday, April 17, 2014

KARPAL SINGH MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Satu khabar berita yang mengejutkan diterima hari ini apabila kenderaan serbaguna (MPV)Toyota Alphard yang dibawa pemandu peribadi ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh merempuh sebuah lori yang menyebabkan kematian ahli politik itu, bersama dengan pembantu peribadi beliau Michael Cornandez dalam perjalanan menuju utara di Gunung Tempurung. Bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut bersama anak Karpal Singh serta seorang pembantu rumah warga Indonesia mengalami kecederaan.

Berikut merupakan berita yang dipetik dari Malaysia Kini:


Ahli parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara di Kampar awal pagi ini.

Pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez turut maut dalam kemalangan itu yang membabitkan kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki mereka dengan sebuah lori dalam perjalanan menuju utara berhampiran Gua Tempurung. Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta itu dilaporkan cedera. Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kenderaan yang dinaiki Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat. Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005. 

Sementara itu, Bernama memetik Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal dan Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian. Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki Karpal, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit. Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

6 comments:

  1. tgk dkt FB, ingtkan rumors.. tp bila tgk berita pg tadi rupanya betul..

    ReplyDelete
  2. ayesha tau pun dari kawan2 dekat group whatsapp pagi tadi..

    ReplyDelete
  3. baca di fb di awal pagi tadi...

    ReplyDelete
  4. terbaca kat yahoo news tadi, takziah buat keluarga mendiang...

    ReplyDelete
  5. thanks kpd rakan blogger yg meninggalkan komen di sini

    ReplyDelete