Assalamualaikum & selamat petang semua.
Akhir-akhir ni bila Zam sampai ke rumah lebih awal dari biasa- sekitar pukul 3 hingga 4 petang, Zam akan terus berehat di atas katil. Biasanya, Zam akan memasak terus atau mengemas bila tiba di rumah. Tapi kalau dah terasa penatnyaa walaupun hanya mengajar setengah hari, Zam akan bergolek-golek atas katil.
Tapi sambil berehat-rehat tu, ada kalanya Zam terbabas sampai pukul 6 lebih. Terbabas kat sini maksudnya, Zam tertidur. Sedar-sedar, dah gelap walaupun baru pukul 6, sebab kat Sarawak ni memang cepat gelapnya.
Masa terbangun tu, tak usah cakaplah. Kalau tak sakit kepala, mesti rasa moody je. Serius.. Tiba-tiba rasa sedih pun ada tanpa sebab..
Umum pun tahu kan, tidur lepas waktu asar ini banyak kesan buruknya dan dilarang.
Jadi, lepas ni memang akan berjaga-jaga agar tak terbabas tidur lepas asar.. Rasa macam ada yang tak kena je kalau tidur juga..
cik nor selalu trtidur lps solat magrib..:)
ReplyDeletesama2 lah kita elakkan dr tertidur waktu tak sesuai ni
Deletelepas ni jangan lagi ek kalau boleh, tapi kadang2 kalau letih memang boleh jadi...
ReplyDeletehari ni sedang berusaha mengelak sambil menulis entri ni.. hehe
Deletesama macam kita. tapi sekarang set alarm walaupun tidoo petang..
ReplyDeletegood idea.. hehe
Deletekalau boleh elak la..SA biasanya akan keluar pi window shopping bila weekend..hehehe...theraphy minda dan jugak teraphy poket...dah kul 6 balik umah..so xde rasa nak tido...
ReplyDeleteoo mcm tu pulak ye.. lain org lain ragam :))
Deletepetang2 tido sedap wooo :)
ReplyDeletelepas zohor ok :)
Deletekak mia balik kerja petang camni... sibukkan diri kat rumah atau rehat sambil ngadap blog... hihihi
ReplyDeletebagus cdgn kak mia tu
Deletetido petg2 ni memang sedap.. yaya kalau rasa mengantuk yaya akan buat kje lain..jalan2 ke..cri makanan ke..hilang la sikit,,
ReplyDeletebagus gak cara tu
DeleteHuhuhu baru jer terjadi ptg tadi ..
ReplyDeleteTetiber jer sakit perut memulas ..
Lepas letak ubat tak boleh tahan jugak huhuhu ..
Last2 TERTIDUR aduhai ...Anak2 yg kejutkan..
tak best kn rasa sis
Deletexsmpat pun nak tdo ptg.. =)
ReplyDeletesinggah melawat zam,,,iqha pun slalu jgk tidur ptg,,hehe,,pon nak kena elak jugak ni.. :)
ReplyDelete