e

Sunday, April 27, 2014

Zamani Jeles Dengan Budak Kecik?

Bila dah jadi orang dewasa ni, rasanya macam pelik kalau kita cemburu dengan kanak-kanak yang jauh lebih muda dari kita.. Ke ada yang pernah rasa macam tu? Rasanya macam tak ada, kan... Eh ke ada?

Setakat ni, Zam tak pernah pula rasa cemburu dengan budak-budak ni. Bercakap tentang cemburu, secara mudah ia ditafsirkan sebagai rasa yang tak best bila ada orang lebih dari kita, kan. 

Kebiasaannya pula, orang dewasa susah nak cemburu dengan kanak-kanak sebab biasanya mereka boleh dapatkan apa yang diperolehi oleh kanak-kanak dengan mudah, nak-nak lagi dengan duit.

Jadi, kenapa Zam tulis tajuk cemburu dengan budak kecik tu?

Tak ada apa sebenarnya.. Cuma Zam rasa kagum dengan kebolehan kanak-kanak yang kadang-kadang boleh mengalahkan orang dewasa dalam satu-satu kemahiran. Nak kata cemburu, tidaklah.. Tapi, untungnya kalau Zam boleh jadi sehebat mereka.

Zam tertengok Masterchef Junior sebenarnya ni.. Dahsyat la budak-budak ni.. Umur baru 9 hingga 13 je, tapi masakannya hebat-hebat.. Hiasan pun menarik.. Betul ke diorang yang masak nih? 


Tapi bila fikir balik, mungkin sebab negara mereka besar, rakyat ramai, jadi kanak-kanak yang berbakat besar pun banyak juga..

Harap satu hari nanti, rancangan macam ni akan diwujudkan di Malaysia juga :)

PS: Minat memasak mula sejak kecil, tapi masa tu Zam tak pernah terfikir pun nak masuk pertandingan macam ni..


3 comments:

  1. iqha pernah tengok rancangan ni..sangat awesome bila budak2 kecik ni reti memasak taraf chef..iqha sendiri pun tak sampai tahap macam tu..huhu..nak jeles jugak laaa..

    ReplyDelete
  2. memang best jer tengok rancangan nie.....

    ReplyDelete