e

Monday, May 12, 2014

Biji Mata Anak Murid Terkeluar Sewaktu Exam

Assalamualaikum dan selamat tengah hari pembaca semua.

Hari ni, bermulalah peperiksaan pertengahan tahun di sekolah Zam. Jadi rata rata guru sibuk menyiapkan soalan braille untuk murid murid pendidikan khas kami.

Macam biasa, exam dimulakan dengan kertas BM. Nak dijadikan cerita, waktu rakan Zam mengedarkan kertas soalan, terdengar olehnya bunyi objek jatuh ke lantai seakan guli.

Rupanya, mata batu yang dipasangkan pada mata seorang murid Zam yang terkeluar dari kelopak mata- jatuh ke lantai lalu bergolek.

Disebabkan tak berjumpa dengan mata tu, rakan Zam minta dia mulakan dulu menjawab kertas.
Tapi murid tu minta matanya dijumpai dulu sebelum mula menjawab.

"Saya mahu mata saya" katanya. Jadi guru guru terus sambung mencari mata batu tersebut sehinggalah berjumpa.

Untuk makluman semua, mata batu tu tidak dapat memulihkan penglihatan murid Zam, tapi cukuplah ia bagi menampakkan rupa yang sempurna, lengkap seperti insan normal macam kita

26 comments:

  1. Astagfirullah Al-Azim...
    Cikgu....lawak apekah ini???
    ssh bbeno teman nk bhenti gelak....ksian kt student tu.....
    jumpa ke x mata dia??

    ReplyDelete
  2. subhanallah...first time akak dgr..mula2 bunyi mcm scary je tjuk entri tu Zam..:-)

    ReplyDelete
  3. wah! timm terkezut bca tajuk..zam ngajaq di sek murid khas eh??

    ReplyDelete
  4. oh.kesian..tperanjat baca tajuk td.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. 1st time alami dgn budak tu.. lps ni kena beringat lah

      Delete
  6. subhanallah.. konfem tercengang satu kelas dengar, saya nak mata saya dulu..

    ReplyDelete
  7. alahai,,iqha pun terkejut tadi,,ingat mata ape yang terkeluar,,btw,,kesian dia kan..ermm..

    ReplyDelete
  8. betul ka ni zam. Kesiannya dia.

    ReplyDelete
  9. a ah, kesian pun ada, lucu pun ada.. adoiii anak2 murid zam ni

    ReplyDelete
  10. keciannya pelajar tu..
    baca tajuk je ingatkan Zam buat lawak apa laa huhu

    ReplyDelete
  11. Kesian dia...sedara akak ada guna mata palsu ni

    ReplyDelete