e

Wednesday, May 7, 2014

Cerewet Masa Membeli Teddy Bear? Kita Geng!


Assalamualaikum & selamat tengah hari.

Ada sesiapa di sini yang selalu belikan teddy bear untuk anak-anak mereka? Atau belikan untuk diri sendiri? Haa.. Nak tanya.. Ada tak masa memilih teddy bear tu, korang belek dekat nak seratus kali? Bukan main lama tenungnya.. Hidung teddy bear sengetlah, mata teddy bear satu tenggelam satu timbul satulah, ada benang yang tertetaslah, muka penyeklah, muncung panjang macam tikuslah, & macam-macam lagi.. Kalau ada ciri-ciri tu, teddy bear tu kene rejek.. Ada tak?


Kalau ada, kita geng.. Haha.. Bukan apa, kalau ada banyak pilihan, memang Zam akan ambil teddy bear yang nampak paling elok. Sebab kalau tak, & pilih sebarang, mesti tak puas hati. Tak semestinya teddy bear mahal, teddy bear murah pun ade je yang elok & comel, jadi sebab tu kena pilih betul-betul.

Yang kat atas tu, Care Bears yang Zam beli masa untuk anak-anak buah masa bercuti ke semenanjung tahun lepas. Biasanya Zam cerewet, tapi sebab dah tak ada pilihan, Zam rembat dua-dua tu terus. Lagipun tinggal dua tu je colour feveret Zam yang ada kat rak.. 

Eh jap.. Ni teddy bear Zam ke teddy bear anak buah Zam ni? Hehe

8 comments:

  1. teddy bear lyeen dah buruk..hahaha...kena ganti baru ni..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. buruk2 pun, tu yg paling kita sayang, kan

      Delete
  2. amboi dik zam...nie kes parah nie...hihi
    cik akak memang cari yang warna purple

    ReplyDelete
    Replies
    1. parah ae? hehe

      zam suke warna hijau :)

      Delete
  3. alooo..comelnyeee teddy bear tu !

    ReplyDelete
  4. husna tak pernah lagi beli teddy bear sendiri.. even suka tp ada lagi yg penting..
    ada satu je orang bagi..:)

    ReplyDelete