e

Wednesday, May 21, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway 2014

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Sempena Hari Guru baru baru ini, Zam rasa belum terlewat Zam nak sertai segmen dari Saudara Hasrul Hassan ini. Pada yang berminat, boleh hit pada banner giveaway ya.

Jadi sempena Hari Guru dan Giveaway Hasrul Hassan ini, Zam nak ucapkan:
"Buat pendidik yang pernah mengajar Zam selama ini, bermula dari Ma Abah yang mengasuh Zam sejak kecil sehingga kini, khususnya Ma yang mengajar memasak itu ini dan memahami minat Zam, kemudian ustazah ustazah di Tadika ABIM yang banyak memberikan ilmu agama, diikuti guru-guru sekolah rendah yang banyak meninggalkan kenangan manis pada Zam di SRK Serdang dan SRK Seri Serdang, dan akhir sekali guru guru SMK Seri Serdang yang menyambung menggalas tugas dari guru guru sekolah rendah: Jutaan Terima kasih Yang Tidak Terhingga dan Berjuta Penghargaan Buant Anda Semua. Maafkan diri ini diatas segala kekhilafan yang berlaku sebelum ini, dan mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Zam sayangkan anda semua!"


4 comments: