Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Berikutan berita tentang Jurulatih Pasukan Badminton Jepun Seorang Yang Dikenali semalam, Zam terfikir, macam manalah agaknya Izuan ni mengajar orang Jepun tu. Guna Bahasa Jepun, atau Bahasa Inggeris? Tapi lepas tengok video di bawah ni, Zam mengagak beliau menunjukkan setiap langkah secara amali dan diikuti oleh anak didiknya:
Dan ia disahkan oleh pemilik video ini di Youtube, seperti berikut:
Apapun jangan salah faham ya, bila Zam kata Izuan ni guna broken English bukan bermakna Zam merendahkan dia. Siapa sangka, hanya dengan Bahasa Inggeris yang biasa-biasa dan bahasa badan, diikuti latihan intensif, seorang jurulatih boleh menghasilkan anak didik yang mantap. Terbaik!
PS: Kat maktab dulu, tak pernah dengar dia kata nak jadi jurulatih dimana-mana.. apatah lagi di Jepun.. Tup tup dia dapat gi Jepun dulu.. Zam yang dah lama nak ke Jepun ni pun tak pernah pergi lagi..
anak Malaysia...tahniah....
ReplyDeletecoach ni kena balik Malaysia ni...
ReplyDeleteAssalammualaikum...zam,
ReplyDeletePape berbaloi team jepun (lelaki) menjuarai piala thomas...
mselim3
pls: semangat kesukanan yang tinggi...
tak sangka pulak kumpulan japan ni coach die orang M'sia hehe.. rasa nak tarik dia jadi coach pasukan malaysia sendiri hahaha. bangga betul jadi anak malaysia !! :D ramai sungguh dah member gi jepun ,kerja sana... moga berjaya coach!
ReplyDeleteBangga Anak Malaysia berjaya di Jepun..
ReplyDeleteTahniah Cikgu Izuan @ Abe We
Teringin nak kesana... :)
perasaan bercampur baur
ReplyDelete