e

Tuesday, June 10, 2014

Alhamdulillah, Puas Hati Dengan Ekspress E Mutiara


Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Alhamdulillah, Zam dah selamat tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 pagi tadi. Kiranya secara keseluruhan, Zam puas hati lah sebab pemandu Ekspress E Mutiara tak kan memandu bas dengan laju. Kalau bas ekspress lain dari pengalaman Zam, kadang-kadang tu rasa cemas je, sebab dipandu dengan laju. Nak-nak lagi double decker, lagilah cuak kan sebab rasa macam tak stabil je. Melambung-lambung.

Tapi bas Mutiara ni, bukan macam tu. Insya Allah, Selamat :) Seingat Zam, tak ada pun pemandu tu cuba memotong kenderaan di hadapannya. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.

Jadi pada sesiapa yang nak melancong ke Kelantan dengan bas, bolehlah pilih syarikat bas Ekspress Mutiara ni. Selain bas yang cantik dan selesa, terutama ruang duduk yang lebih luas, di dalam bas ini juga disediakan powerpoint untuk menyambungkan soket di setiap tempat duduk, selain perkhidmatan Wi Fi :)

PS: Tempat hentian rehat untuk bas ini pun cantik, kemas dan baru. Dan ia milik sepenuhnya syarikat bas Ekspress E Mutiara Ini. Teringat apa yang Zam makan awal pagi tadi di sana.

6 comments:

  1. bila perjalanan jauh,memang nak cari bus yang selesa dan meyakinkan untuk sampai ke destinasi kan zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, zam mmg cari yg terbaik :) ini pilihan no.1 zam

      Delete
  2. nice sharing...nest time boleh ler naik bas nie....

    ReplyDelete
  3. sy pnh naik bas mutiara ni dri putrajaya.mmg selesa pon...hehe.tp dh lama gk la xnek bas..ad dlm 2tahun lbih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tiba2 rasa nak naik bas, boleh lah naik mutiara lgi kan

      Delete