e

Monday, June 2, 2014

Awak Tak Makan Babi.. Layakkah Awak Masuk Rancangan Memasak Ni?

Di dalam satu sesi interview pencarian bakat memasak untuk satu program realiti TV di luar negara (bukan negara Islam), muncul seorang perempuan bertudung dari kelompok besar peserta yang rata-ratanya non muslim

Seperti peserta yang lain, dia juga berhasrat agar terpilih memasuki rancangan realiti tersebut.

Apapun halangannya ialah, untuk menempatkan diri dalam kelompok 50 peserta teratas terlebih dahulu. 

Jadi dia perlu memasak sesuatu menu yang menarik untuk melayakkannya ke dalam kelompok 50 tersebut.

Jadi, bila tiba gilirannya, dia pun memasak masakan yang biasa dimasak olehnya, dan setelah siap, dia menghidangkan kepada 3 orang juri yang telah sedia menantikan giliran merasa masakannya.

Bertudung labuh dan berwajah Asia, sudah semestinya dia menjadi perhatian para juri tersebut. 

Dengan rasa ingin tahu, para juri bertanyakan latar belakangnya. Dari mana asalnya, dan apa bangsanya.

Tiba masa merasa hidangannya, para juri meluru bagaikan tak sabar untuk mencubanya. Jika peserta sebelum ini, mereka hanya datang seorang demi seorang untuk mencuba.

Hidangan nasi vermiselle, kofta dan fatoush yang dihidangkannya berjaya memikat hati juri. Secara kasar, memang dia layak memasuki top 50.

Tapi juri A mengutarakan satu soalan kepadanya, "Apakah cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh anda jika terpilih memasuki rancangan memasak ini?"

Jawabnya, "Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh memakan daging khinzir".. 

"Dan juga alkohol, bukan?" sambung juri B yang meminta kepastian. Mungkin kerana dia arif tentang apa yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

"Kami tertanya-tanya, adakah kamu dapat memasak di dalam rancangan ini kerana cabarannya nanti adalah kamu terpaksa memasak tanpa merasa.." tambah juri A.

Nampak keresahan di wajah peserta Muslim tersebut bila juri memberikan pendapat mereka. Dari segi rasa, dan teknik yang digunakan untuk memasak nasi, kofta dan fatoush tadi, dia sebenarnya telah layak memasuki top 50.

"Awak tak makan khinzir.. Jadi layakkah awak mengharungi rancangan realiti memasak ini?" Tanya si Juri B lagi mempersoalkan peserta muslim tersebut. 

Si peserta muslim terdiam. Kerana ia soalan yang diluar kuasanya. Keputusan muktamad di tangan ketiga-tiga juri.

Dia masih menantikan keputusannya. Mungkin bercampur bimbang. Kerana bidang masakan merupakan suatu impiannya sejak kecil lagi. Untuk melepaskan impiannya kerana pendapat juri tersebut, tentulah akan menghampakannya.

Namun di luar sangkaannya, Juri B sendiri yang menjawab soalan tersebut.

"Awak tak makan khinzir, adakah awak dapat mengharungi cabaran pertandingan ini nanti? Saya akan jawab soalan itu sendiri. Bagi saya, awak boleh, sebab awak menunjukkan kemahiran memasak yang hebat!" sambil tersenyum kepada peserta Muslim tersebut.

Gembira tak terkata peserta tersebut bila dia diberi kepercayaan untuk berada di kelompok 50 teratas. Dan, keputusan juri memang tepat apabila dia berjaya melayakkan dirinya ke dalam kelompok peserta 24 teratas selepas itu, dan berpeluang menjadikan impiannya satu kenyataan.

Dan disepanjang waktu program itu berlangsung, tiada sekeping daging khinzir pun yang diberikan kepada peserta tersebut untuk dimasak :)


PS: Kisah ini ditulis oleh Zam berdasarkan kisah benar.. ;)

6 comments:

  1. That's the good thing bila kita sefahaman. Why cant we be like them? I mean some of us HERE. Respect to the juries because they gave their full respect to the Muslim lady. We need more people like them for a better place. And in fact, we need more LEADERS like them.

    ReplyDelete
  2. bagusla..rezeki dia ada :)
    tercapai juga cita2 dia ^_^

    ReplyDelete
  3. bagusnya..negara lain pun hormat & sensitif dgn isu mcm ni..negara sndri? dah fenin dah boleh mkn ke tak..aduhai lah~

    ReplyDelete
  4. masih belum dapat hadam pengajaran. hehe.. tapi yang bagusnya, mereka tak aniaya peserta yang tak makan babi tu.

    ReplyDelete
  5. wow.. menangis dengar kisah nih TT^TT terharu ya amat...

    mmg terbaik org cemni... :)

    ReplyDelete
  6. jom ajak dia masuk master chef malaysia

    ReplyDelete