e

Wednesday, June 11, 2014

Drama KeTAR?



Drama KeTAR? Drama apa tu? Haa.. Itu sebenarnya singkatan yang Zam berikan untuk drama bersiri terbaru di TV3, iaitu Kerana Terpaksa Aku Relakan. Singkatan sebenar, KTAR.. Saja Zam letak singkatan sendiri di tajuk entri sesedap rasa~ KeTAR.. Hehe

Ada yang dah tengok? Rasanya dah masuk episod ke 9 atau 10 kan? Zam baru tertengok sekejap semalam, macam best jugak.

Drama ni menampilkan beberapa pelakon baru, seperti pemenang tempat kedua Hero Remaja, Syafiq Kyle. Kalau dulu pemenang tempat pertama Hero Remaja Fattah Amin berlakon dalam Playboy Itu Suami Aku, kali ini tiba giliran Syafiq pula.

Kalau anda, apakah tarikan utama untuk menonton sesuatu drama tu? Sebab pelakon, sebab jalan cerita, atau sebab saja suka-suka je layan tv di petang hari?

6 comments: