e

Tuesday, June 10, 2014

Geram Terliur Tengok Orang Makan Cili Hijau Macam Tu Je


Assalamualaikum & selamat malam.

Semalam, ada seorang tua datang ke rumah datuk Zam di kampung mencari pekerjaan- apa-apa sahaja kerja seperti menebas yang boleh dilakukannya untuk mendapatkan upah. Kesian tengok pakcik tu, yelah orang tua kampung yang tak ada pekerjaan tetap, terpaksa bekerja keras untuk mendapat duit untuk menyara hidup.

Sambil-sambil tu, sempat juga kami mengajaknya makan nasi selepas kerja-kerjanya selesai. Bila tengok dia makan sebiji cili hijau sebagai ulam, memang terus terliur Zam dibuatnya. Eh.. Nak makan macam tu jugaklah..

Hari ni, Zampai je di Serdang dari Kelantan, ayah Zam belikan Nasi Dagang Terengganu yang berkuah manis.. Pucuk dicita ulam mendatang, bolehlah Zam makan dengan cili hijau yang Zam jumpa dalam peti sejuk dengan nasi dagang tu.. Memang berselera lah ;9

12 comments:

  1. Akak pon suka jugak Zam makan cili hijau tu buat macam ulam nagan nasi mmg sedappp ..
    Biasa nya makan ngan nasi kerabu mmg ngam la hehehee ..

    ReplyDelete
  2. errr... sedap eh? tak berani nak try gigit cili mcm tu aje... heheh <-- takut pedas ;p

    ReplyDelete
  3. cx favorite sgt dgn nasi dagang, nasi kerabu semua. mmg sedap! huhu

    ReplyDelete
  4. nsi kosong, ikan goreng, cili hijau..memang peberet ecah masa kecik2 dulu..selagi tak meleleh ingus sbb pedas rasa macam tak best..hehe..

    ReplyDelete
  5. Tak berani nak makan camtu jer..pernah tgk abah kunyah..cam rangup je makan..huhu

    ReplyDelete