e

Friday, June 13, 2014

Kisah Dalam Gambar Sebelum Ini

Assalamualaikum dan selamat malam semua.


Dalam entri sebelum ni, Zam ada kongsikan satu gambar- hanya gambar tanpa kata-kata. Disebabkan sibuk dan tak sempat, Zam publish terus entri bergambar tu terlebih dahulu dan jika ada masa, baru Zam akan tambah dan beri ulasan sedikit. 

Tapi disebabkan terlalu sibuk tadi, Zam tak sempat nak edit dengan kisahnya. Dah jadi macam entri WW.

Bila dah ada masa ni, dan bila Zam tengok jumlah yang 'view' entri tu dah ramai, Zam rasa Zam kena tulis dalam entri baru sebab entri lama tu mungkin dah tak banyak yang nak baca. Kalau edit dalam entri yang sama, tentu ramai yang tak tahu.

Jadi kisahnya, sekitar tahun 1993, Zam ke sana untuk menonton filem Jurassic Park. Ayah pun tahu Zam dan abang minat dinosaur masa tu, dan dalam masa yang sama filem tu menarik minat ayah untuk menontonnya sebab itulah filem pertama yang menggunakan teknik CGI secara menyeluruh. Kalau sebelum ni, filem dinosaur mesti gunakan model atau patung tanah liat untuk menghidupkan dinosaur tersebut. Jadi filem tu memang menarik untuk ditonton kerana ia merupakan pelopor kepada penggunaan CGI.

:)

No comments:

Post a Comment