e

Monday, June 23, 2014

SALE Yang Menipu!

Assalamualaikum & selamat malam.

Minggu lepas, sewaktu berjalan jalan di bandar Kuching, Zam terpandang pada iklan potongan harga yang digantung di dalam sebuah kedai pakaian dan peralatan sukan yang biasa Zam pergi.

Tertarik, Zam masuk ke kedai tersebut. Tapi Zam teringat akan taktik yang biasa digunakan oleh peniaga bila mereka mendakwa kedai mereka menjalankan jualan murah dan potongan harga. 

Nak tahu bagaimana? Haa ni Zam nak cerita..

Zam pergi ke satu rak di satu sudut kedai, melihat satu barangan/item yang biasa Zam tengok sebelum sale. Pertama yang Zam nampak, tertulis potongan harga sebanyak 20% di rak tersebut.

Zam masih ingat, kalau dulu Zam ke kedai tersebut (sebelum sale), item tu dijual dengan harga RM60.

Mengejutkan, bila harga yang tertera pada item itu bukan lagi RM60, tapi RM80. Harganya naik ketika SALE yang didakwa mereka.

RM80, selepas ditolak potongan harga 20% seperti yang mereka iklankan, dah jadi RM64.. 

RM64 semasa sale? Sedangkan sebelum sale, harganya baru RM60 tepat.

Sale apa kalau harga naik RM4?



11 comments:

  1. Ehh serious ? Lain kali nampaknya kena check dulu lah kan . Terima kasih untuk perkongsiannya

    ReplyDelete
  2. Xbest la kalau niaga gitu..nipu kojenyee

    ReplyDelete
  3. sale taik kucing... huhuhuuu...

    ReplyDelete
  4. Actually, banyak gedung besar yang pakai trik macam ni. Seriusssssly. Sebab saya pernah jugak kerja promoter ni. Setakat ni barang kat 7e je y kalau kena time sale tu air tin boleh jadi lagi murah dari kedai mamak. pon seriusssssly!

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan pasaraya semuanya buat macamni... beli sebab memang perlukan, takperlu tunggu sale

    ReplyDelete
  6. biasa lah otak geliga otak penipu(ayat anak bapak),, tp kita jugak yang tertipu,, tengok ja sale cairrrr... tapi semua mcm tu, nak tarik pelanggan. strategy...

    ReplyDelete
  7. boleh dibuat aduan ke persatuan pengguna ni.

    ReplyDelete
  8. memang kena hati2 tengok harga..huhu

    ReplyDelete
  9. kalo saya memang tak jadi beli terus la.
    kata sale..tetiba je harga naik.

    ReplyDelete
  10. boikot gerai/kedai yang menipu

    ReplyDelete
  11. Selalunya gitu..bila kata sale..ingat harganya murah...rupa2nya mahal lagi ade lerrrr..tak suka sale..!!

    ReplyDelete