e

Saturday, June 28, 2014

Tiba-Tiba Blackout Ketika Shopping Di Pasaraya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Malam tadi, Zam keluar dengan beberapa orang rakan bujang mencari barang keperluan dapur untuk dijadikan stok sempena bulan Ramadhan ini. Setakat ni, apa yang kami beli ialah beberapa jenis makanan diproses seperti nugget, sosej, serta makanan kering macam biskut, pasta & mee yang mudah dan cepat dimasak. Manalah tahu kalau dah terlewat bangun untuk bersahur, boleh capai apa yang mudah dimasak. Milo dan susu pun tak lupa dibeli, untuk buat air panas di awal pagi.

Apapun nak dijadikan cerita, semalam berlaku blackout di beberapa tempat di Kuching, termasuklah sebuah pasaraya besar yang sentiasa mendapat sambutan di kawasan kami. Cadangnya nak membeli belah di situ, tapi disebabkan blackout, terpaksalah kami menereuska perjalanan dan pergi lebih jauh mencari barang keperluan. Dan bila dah sampai di pasaraya lain, ketika memilih barangan di rak, boleh pula blackout. Mujur sekejap.. Buat cuak je..

Korang pula macam mana? Dah sediakan barang keperluan puasa ni?

6 comments:

  1. Semalam ada pergi area town, memang gelap habis. Vee berkampung kat kampus je, taktau apa yg jadi kat luar.. Haha. Seram bila kat traffic light sbb traffic light tak berfungsi.. Sudahla hari hujan. Huuu..

    ReplyDelete
  2. Setakat ni tak pernah pula mengalami macam tu. Mesti ramai yang menjerit..hehe

    ReplyDelete
  3. Sya pun da jugak... heheh... simple2...

    ReplyDelete
  4. boleh riuh dalam tuh..hahaha.. so far tak prnah lagi alami situasi mcm tuh..

    ReplyDelete