e

Tuesday, June 24, 2014

Walaupun Kucing Tu Tak Sakit, Tapi..

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Semalam, sebuah akhbar tabloid tempatan menyiarkan sekeping gambar kontroversi yang memenangi tempat pertama sempena peraduan yang dianjurkan oleh mereka. Ia dianggap kontroversi kerana dianggap satu bentuk penganiayaan terhadap kucing, dan isu ini telah diketengahkan oleh Dunia Kucing di FB:


Dan hari ini menerusi Astro Awani, Zam dapat tahu  Kelab Kucing Malaysia telah meminta sebab disebalik pemilihan gambar yang mendapat tempat pertama itu, kerana ia menampakkan satu bentuk penganiayaan:


Memang akan ada diantara kita yang berpendapat kucing itu tak sakit, jadi kenapa perlu begitu serius. Apapun, bagi Zam, walaupun tak sakit, kita perlu sedar perbuatan itu akan menyebabkan kucing itu berasa tidak selesa dan dalam masa yang sama, kita tak tahu bagaimana keadaan kucing itu semasa ia ditimbus dengan pasir. Mungkin dipaksa dan dipegang dengan kemas ketika meronta, manalah kita tahu kan.. 

8 comments:

  1. Atau mungkin kucing itu kucing manja.
    Sebab itu dia tak mencekau tuan dia masa ditimbus..

    Tapi memang kesian tengok kena timbus macam tu.. tapi rasanya sekejap utk posing aje kot..

    ReplyDelete
  2. betul3,, muka kucing tu pun macam kesian je tengok huhu :(

    ReplyDelete
  3. SOkong apa yang Zam tulis .Kita tak tahu keadaan kucing tu masa tu camner kan ?? Ntah2 kucing tu diikat kaki tanagn kat situ mana kita tahu kan ??? Nak menang punya pasal sanggup buat camtu kat kucing..Sebab la setahu akak la kalau kita buat apa2 kat kucing ,kucing mudah marah apoatah lagi timbus ngan pasir camni..Mesti kucing tu tak suka ..

    ReplyDelete
  4. nak menang punya pasal... kesian gak kucing tu

    ReplyDelete
  5. mungkin dia timbus jer kot..huhu

    ReplyDelete
  6. mcmana la editor akhbar tu buat kerja.. tak jaga sentiviti masyarakat...benda2 macam ni boleh menimbulkan rase tak puashati oleh masyarakat sekeliling...

    ReplyDelete
  7. Mmmm, kesian kucing tu, nanti nak bersihkan badan dia dari pasir tu...

    ReplyDelete