e

Saturday, July 5, 2014

Al Fatihah.. Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia 1.26 Pagi Tadi



Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia 1.26 Pagi Tadi.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Tak sangka Zam dengan apa yang dibaca tadi di halaman FB sebuah blog. Datuk Sharifah Aini, biduanita negara yang lebih mesra dengan nama Kak Pah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada paru-paru. Beliau yang dilaporkan dimasukkan ke sana sejak Isnin lalu pada mulanya dilaporkan stabil oleh abangnya, membuatkan peminat berasa lega dengan berita itu. Apapun, Allah lebih menyayanginya, dan menjemputnya dalam bulan yang mulia ini..

Al Fatihah, buat seorang artis yang mana Zam membesar dengan lagu-lagunya, terutama lagu Hari Raya Aidilfitri dendangannya.. Takziah buat ahli keluarga Datuk Sharifah Aini..


6 comments: