e

Thursday, July 31, 2014

Er.. Ada Sesiapa Yang Dah Kembali Bekerja Hari Ini?

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Hari ni dah masuk Syawal ke 4. Dan menerusi FB semalam, Zam dapati ada diantara rakan-rakan Zam yang dah kembali ke ibu kota dari kampung halaman masing-masing. Mungkin kerana cuti telah tamat, atau mungkin ingin sambung beraya di ibu kota pula.

Rakan-rakan pembaca pula bagaimana? Ada yang sudah turun keja hari ini?

Masih Zam ingat, satu ketika dulu, pernah Zam kembali ke Kuching awal kerana di Syawal ke 4 seperti hari ini, kami sudah mula bekerja semula.. Memang rasa macam tak cukup raya.. 

Apapun, kemeriahan tu boleh disambung di tempat kita bekerja pula kan? Tentu ada rumah jiran tetangga dan sahabat handai yang belum kita pergi. Jadi, jom sambung beraya ;)

cuti Zam pun dah nak habis ni..

8 comments:

  1. Alahai Zam... saya semalam lagi dah mula kerja..

    ReplyDelete
  2. saya dah mula kerja hari ni.

    Selamat Hari Raya! :)

    ReplyDelete
  3. semalam lagi dah start .. eh mana link pemenang PB dr Sarawak tu ek

    ReplyDelete
  4. Akak macam biasa, semalam dah start kerja

    ReplyDelete
  5. Saya mula bekerja pada harini, Khamis. Saudara mara tinggal berdekatan, bila2 boleh beraya. InshaALLAH. .. tak risau pasal jalan sesak atau hujan.

    Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Zam...saya dah mula kerja harini...^_^

    ReplyDelete
  7. semalam dah mula kerja nie... huhuhu
    selamat hari raya

    ReplyDelete