e

Friday, July 18, 2014

Kapal Terbang MH17 Terhempas: Dugaan Buat Kita Selepas 4 Bulan Tragedi MH370

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Bagaikan mimpi.. Itu yang Zam rasakan bila mendapat tahu perkhabaran mengenai kapal terbang MH17 yang terhempas sebaik terjaga dari tidur tadi. Terus, Zam mencari lagi sumber bagi mengesahkan berita ini.

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Terkedu melihat paparan yang ditunjukkan oleh Astro Awani.

Menurut sumber, kapal terbang MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam pada 12.15 (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pagi ini pukul 6.10.

Walaubagaimanapun, pihak MAS mendakwa kapal terbang itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan lokasi pada ketika itu adalah di ruang udara Ukraine, berdekatan sempadan Rusia.

Seramai 280 penumpang dan 15 krew kabin dilaporkan berada di dalam pesawat itu, dan ini semestinya satu dugaan yang menyedihkan buat kita semua.

(sumber dari Astro Awani)

Buat masa ini, sebuah pusat operasi telah dibuka di KLIA dan beroperasi 24 jam. Pihak MAS juga dilaporkan telah membuat sidang media pada pukul 4 pagi tadi. Wisma Putra pula sedang bekerjasama dengan Ukraine dan Rusia susulan dari peristiwa ini.

Belum Ada Pengesahan Kapal Terbang Ditembak Jatuh


Walaupun terdapat spekulasi yang mengatakan MH17 ditembak oleh puak pelampau di Ukraine, namun Menteri Pengangkutan Malaysia tidak mengesahkan perkara itu. Pihak tentera telah dikerahkan untuk menyiasat kesahihan perkara itu.

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat penumpang MH17 dan semoga ada yang terselamat.. Amin

3 comments:

  1. Sesuatu yg kita pelajari tentang kehilangan dan yang ditinggalkan adalah kekuasan Allah dalam setiap perjalanan hidup kita. Alfatihah

    ReplyDelete
  2. Dugaan Malaysia dalam bulan Ramadhan .. :(

    ReplyDelete
  3. dugaan buat kita semua di bulan Ramadhan ini... Al-Fatihah

    ReplyDelete