e

Wednesday, July 2, 2014

Kenapa Bomba Selotape Jalan Yang Mendap Di Persimpangan Jalan Imbi Dan Jalan Hang Tuah

Assalamualaikum & selamat petang semua.

Rasanya tentu ramai yang dah tahu tentang tanah mendap yang berlaku di Kuala Lumpur hari ini. Berita ini agak menggemparkan kerana berlaku di tengah tengah jalan raya yang menjadi laluan pengguna jalan raya di ibu kota. Tanah mendap itu berlaku di kawasan pembinaan terowong bawah tanah yang sedang dijalankan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Dengan tersebarnya berita tersebut, terdapat juga sekeping gambar yang dijadikan bahan gurauan apabila menunjukkan tindakan para petugas bomba yang menggunakan selofan tape (selotape) melekatkan bahagian jalan yang retak.


Bagaimanapun, halaman Jabatan Bomba dan Penyelamat di FB telah menerangkan rasional tindakan petugas mereka menggunakan selofan tape/pita pelekat itu:

Salah 1 sebab anggota letakkan PITA PELEKAT adalah untuk melihat perggerakan tanah & BUKAN UNTUK JADI BAHAN GELAK KETAWA ATAU GURAU SENDA.

Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya dan sebarang pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku dilokasi tersebut. Walaubagaimanapun, langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk menjamin keselamatan awam dan sebarang pergerakan tanah atau mendapan oleh pegawai yang menjalankan pemantauan, Semua teknik pengukuran adalah tertakluk kepada peralatan yang digunakan. 

Kewujudan jenis-jenis, punca-punca dan bagaimana ianya memberi kesan kepada hasil pengukuran harus DISEDARI DAN DIKETAHUI sebelum memberi komen yang berunsurkan GURAUAN.

penggunaan selofan tape dapat diihat di sekitar kawasan mendapan tanah (klik untuk imej yang lebih jelas- sumber Astro Awani)

Ps~ elakkan dari menimbulkan sebarang kontroversi

6 comments:

  1. tujuan dia letak tape tu untuk lihat soil movement..

    ReplyDelete
  2. apa daaa... tak kan lah nak repair jalan guna selotape mesti lah ada sebab letak benda tu kan.. ?

    ReplyDelete
  3. ada jugak yg edit gmbr godzila. hihihihi

    ReplyDelete
  4. org yng buat lawak tu hnya thu ckp je,, buat kerja tak thu.. biasa lh tu..

    ReplyDelete
  5. rileks brader..brader rileks... asal cerita post tu sekadar nak buat jenaka..kemudian dari jenaka ..kita akhirnya tahu rasionalnya. buat apa la yang mudah sangat nak terasa hati .pikir positif.

    ReplyDelete