Assalamualaikum & selamat petang semua.
Pagi Isnin lepas, sewaktu Zam sampai ke sekolah dari airport Kuching, Zam terus agih-agihkan beberapa barang kiriman rakan-rakan yang di beli dari semenanjung seperti roti Gardenia dan kuih akok. Bukan tak ada di Kuching benda-benda tu semua, cuma sangat-sangat sukar ditemui.
Dalam masa agih-agihkan tu, sempat juga Zam tunjukkan sekotak strawberry yang Zam beli di Serdang. Zam beritahu harganya- RM5.99 sekotak- satu harga yang tersangatlah murah. Melihatkan strawberry tu, terus Zam diserbu oleh rakan-rakan.
"Ehh... Kenapa kau tak bagitahu aku kau nak beli strawberry??." tanya Kak Nor. "Eh.. Mana lah saya tahu Kak Nor suka strawberry tu" Zam menjawab.
"Murah.. Nanti kamu balik semenanjung, saya mahu kirim dengan kamu.." bagitahu seorang rakan yang lain.
Adehh... Strawberry Zam kena serbu.. Kak Nor dah siap pegang kotak strawberry tu tak nak lepaskan. Siap cium-cium lagi bau strawberry tu.. Alaaa... Pulangkanlah balikkk... Orang nak buat aiskrim dengan strawberry tu...
"Nah.. Ambillah.. Nasib baik aku tak mengidam.. Kalau tak..." kata Kak Nor.
Yes.. Haha.. Dapat balik strawberry tu.
Kalau nak beli kat Kuching, alamatnya mahallah.. Sekotak saiz yang sama, RM15.
PS: Balik ke rumah, masa nak simpan dalam peti ais, Zam tercium bau strawberry tu.. Perghhh... Semerbak harum beb! Patutlah Kak Nor cium-cium kotak strawberry tu bersunguhh.. Memang pecah air liur!
Nak buat aiskrim dengan stawberi ni?Wahh..mesti best!!
ReplyDeletesedapnya strawberry fresh..memang wangi bau dia..kalau pergi cameron mmg borong habis ni..cicah pulak dengan chocolate ..nyum~
ReplyDeletenak buat aiskrim?nanti share cara buat yea..macam best ni..hihi
ReplyDeleteAssalamualaikum. wahh dapnyaaa. sheila singgah menabung zalora sini~~~
ReplyDelete