e

Friday, August 8, 2014

Banyak Perubahan Nak Dibuat Pada Blog

Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Kalau Zam ketengahkan topik kebaikan blogwalking, rasanya ramai blogger yang arif dengannya. Dan salah satu yang Zam nak ketengahkan kali ini ialah, kita dapat lihat contoh bagaimana blogger lain menampilkan blog mereka dengan lebih kemas, teratur dan nampak interaktif. Zam suka melihat blog seperti Mawardi Yunus dan Husein Rider kerana paparan blog mereka seolah-olah dapat menangkap perhatian Zam. Namun di dalam masa yang sama, Zam tak nafikan juga terdapat banyak blog-blog lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama, cuma kedua contoh tersebut diberikan kerana Zam baru blogwalking ke blog mereka.

Teringin juga ingin menampilkan blog yang lebih kemas, tersusun dan interaktif seperti Hasrul Hassan. Cuma, akan mengambil masa juga. Tapi insya Allah, akan dilakukan nanti.. :)


3 comments:

  1. dah tengok blog dorang,, humm.. memang kemas.

    ReplyDelete
  2. tp bg MG ok dh blog abe zam ni ...hehe :)

    ReplyDelete
  3. Saya buat yg termampu... Byk urusan lain... Blog awak dah cantik & kemas.

    ReplyDelete