Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Minggu lepas, semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di sekolah, Zam dipanggil untuk menyanyikan lagu raya di atas pentas. Memang tak boleh nak elak, sebab dah lama diorang target Zam untuk menyanyi selain guru-guru baru yang lain. Guru Besar baru Zam pun tak boleh nak lari dah.. Last last kena nyanyi gak.
Zam temankan seorang guru baru ni menyanyi selepas kami kena paksa berkaraoke. Tengah dok pikir nak nyanyi lagu apa, teringat lagu ni. Sepasang Kurung Biru. Sebab dua-dua dah biasa dengan lagu tu, kami pun dengan menahan malunya cubalah juga menyumbangkan suara (baca dengan double meaning).
PS: Macam tak kena lak bila cikgu kat sebelah tu pakai kurung purple.. Tapi, lantak je lah..
SEPASANG KURUNG BIRU (LAGU RAYA)
Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...
Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...
( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku
Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...
wah...mesti famous nie kat sekolah...hheehe
ReplyDeleteWeewwwiiitttt... hehehehe
ReplyDeletevideo please...ha ha ha...
ReplyDeleteglemer habis..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum zam. feewiiit. dasyat la .. ekk blog tukar warna... hihiii
ReplyDeleteAla cikgu zam x de videoi ke hahaha
ReplyDelete