e

Monday, August 25, 2014

Di Hari Raya, Hanya Ini Yang Sempat Zam Masak


Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ni, dah masuk hari kedua terakhir di bulan Syawal. Macam masih terasa kemeriahan Aidilfitri yang lalu. Dalam pada tu, Zam teringat beberapa gambar yang Zam ambil semasa Aidilfitri yang Zam nak jadikan bahan entri, tapi tak di publish.

Jadi kali ni, Zam nak cerita tentang satu-satunya juadah yang Zam hasilkan di pagi 1 Syawal. Nak buat banyak menu yang lain, Zam tak arif sangat. Tentu pembaca di luar sana, sediakan banyak dan bermacam-macam juadah kan masa tu. Tapi Zam, yang ini sajalah yang sempat.

Nama hidangan ni, Fattoush. Fattoush ni salad yang dihidangkan bersama Nasi Arab. Haa.. tentang Nasi Arab tu, ibu Zam yang masak, bersama dengan lauk pauk yang lain. Zam nak menyibuk buat lauk gak, takut rosak Nasi Arab tu.. Jadi, baik Zam jangan kacau menu Ibu Zam.. Hehe

Cara buat, senang je. Macam buat acar timun tu. Cuma Zam gantikan cuka dengan perahan jus lemon.

PS: Ini kali ketiga Zam cuba buat Fattoush ni.. Banyak kali cuba, baru rasa okay, sikit.. 

3 comments:

  1. nampak menarik dan sedap..tapi kaksura tak pernah pulak rasa Fattouch tu..:)

    ReplyDelete
  2. huyoooo...nampak sedap la bro..nak juga rasa

    ReplyDelete