e

Sunday, August 24, 2014

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Antara banyak-banyak model smartphone atau telefon pintar di pasaran, Zam yakin sangat iPhone adalah yang paling menjadi idaman kebanyakan orang. Tak kira orang tu hantu gajet atau tidak, ramai yang mahukannya. Cuma disebabkan harganya yang agak mahal, membuatkan sebilangan dari kita yang terpaksa melupakan hasrat untuk memilikinya dan memilih smartphone jenama lain. Bukan nak cakap orang lain, tapi Zam sendiri yang begitu.



Kenapa iPhone Jadi Gajet Impian?

Sebab utama, trend. Selain dari itu, reputasi yang diterima oleh telefon pintar keluaran Apple Inc ini. Mungkin kerana mereka cemerlang dalam marketing selain kekuatan jenama itu sendiri.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Bila dapat tahu blogger Denai Hati nak berikan 3 iPhone 5s ni kepada 3 blogger yang bertuah, tentu saja Zam tak mahu ketinggalan mencuba nasib. Siapa yang tidak mahu iPhone 5s kan? Setakat ini, iPhone 5s merupakan model terbaru yang dikeluarkan oleh Apple Inc, dan semestinya ia mempunyai kelebihan berbanding model-model sebelum ini. (biarpun terdapat spekulasi iPhone 6 akan dipasarkan pada bulan 9 tahun ini)

Kelebihan iPhone 5s Dari Sudut Orang Yang Bukan Hantu Gajet

Kalau ikutkan penilaian dari orang yang bukan hantu gajet (macam Zam ni), tentu beberapa ciri-ciri asas fizikal pada iPhone 5s yang akan dilihat terlebih dahulu. Pertama, skrin yang lebih besar berbanding siri iPhone 4 dan kebawah. Ukuran skrin 4" untuk sebuah smartphone sebenarnya dianggap relevan dan sesuai oleh pengguna, kerana tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Semestinya lebih praktikal- bersama dengan saiz keseluruhan iPhone iaitu 124mm x 59mm.

iPhone 5s juga merupakan smartphone yang ternipis berbanding keluaran lain. Dengan ketebalan 7.6mm, dicampur dengan saiz yang sedang-sedang sahaja seberat 112g, tentu memberikan keselesaan di tangan pengguna. (Zam memang suka feeling-feeling pakai telefon nipis ni)

Tambahan pula, dengan paparan skrin 300+ pixel, ia sudah lebih dari cukup dalam memberikan pengimejan yang jelas dan terang (sharp) kepada pengguna.


Kamera- Zam percaya ramai yang akan terjah aplikasi ini bila survey sesuatu smartphone. Tambah-tambah lagi ramai yang suka selfie sekarang ni, jadi tentu ramai yang mahukan kamera yang terbaik untuk feeling-feeling cun kacak dan gorgeous! Kan? (kata orang, aku pun sama sebenarnya)

Dengan kamera 8mp beserta dual LED flash, ia mampu menghasilkan gambar yang cun melecun, gambar low-lighting yang solid dan jelas (sharp).


Hasil perbandingan dengan model lain di bawah pengcahayaan semula jadi (sumber)

Hasil pengimejan untuk low light images (gambar bunga diambil tanpa flash(sumber)

Dari gambar yang dikongsikan, semestinya anda dapat menilai pengimejan mana yang lebih baik.

Tidak pernah lagging- ini satu kelebihan yang diakui oleh seorang rakan Zam yang menggunakan iPhone 5 selama ini. Semestinya iPhone 5s juga begitu kerana Apple Inc tidak akan meng-down grade-kan keluaran mereka. Kebanyakan smartphone jenama lain, seperti mana-mana komputer pasti akan mengalami masalah ini, terutamanya apabila melayari internet. Dengan processor A7 berkapasiti 64bit, ia merupakan pelopor yang mendahului kebanyakan jenama lain, sekaligus memberikan performance yang terpantas!

iPhone 5s menggunakan sistem operasi/software ios7, iaitu perisian baru yang dibina oleh pihak Apple Inc untuk memperbaharui perspektif dalam smartphone agar lebih 'mesra pengguna'. Paparan skrin tampak lebih menarik dari segi ikon aplikasi, control center, notification center, multi tasking, kamera dan photo gallery

Beberapa penambahan baru juga diberikan kepada kamera terutamanya pelbagai kesan khas, dan iTunes diperbaharui dengan iTunes Radio. Antara kelebihannya, bunyi yang lebih kuat dan paparan yang lebih ringkas, serta pengendalian yang lebih pantas.

Design Yang Esklusif~ yang ini pasti buat ramai yang tertarik. iPhone 5s didatangkan dengan warna metalik EMAS, PERAK dan SPACE GRAY yang diperbuat daripada aluminium, selain glass chassis. Memang nampak mewah dengan saduran warna terbaru ni. Jadi anda boleh pilih mana-mana warna mengikut kesukaan anda. (kalau takde, pandai-pandailah anda beli casing ikut warna kegemaran sendiri.. hehe)



Kelebihan Yang Tidak Terdapat Pada Smartphone Lain~ FINGERPRINT SENSOR! Salah satu elemen keselamatan yang istimewa terdapat pada iPhone 5s ini. Anda boleh scan sehingga 5 padanan jari untuk diset kan pada telefon, dan seterusnya anda akan menikmati perlindungan kod laluan secara mudah, cepat dan selamat. 



Bagaimana? Menarik kan? Apapun, kesemua smartphone sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri, dan terpulang pada setiap individu menilainya. Cuma dengan kesempatan yang diberikan oleh blog 
Denai Hati ini, Zam rasa terpanggil untuk mencubanya. Contest ini juga direalisasikan oleh blogger-blogger berikut yang begitu bermurah hati menaja sejumlah wang yang besar untuk hadiah iPhone 5s ini:


KEMASKINI PENAJA TERKINI!!

Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip

    Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

    (IKLAN) 
    Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

10 comments:

  1. Selamat berjaya di dalam contest dan cabaran yang hebat ini :-)

    ReplyDelete
  2. Salam bro.... moga berjaya ke peringkat seterusnya .

    ReplyDelete
  3. Good luck dalam cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger buat zamani..:)

    ReplyDelete
  4. As Salam Zam,Good Luck ya! Semoga kejayaan dan rezeki buat Zam,inn sha Allah,.Amin..

    ReplyDelete