e

Saturday, August 23, 2014

Kali Kedua Terpaksa Lupakan Hasrat Untuk Ke Pantai

Assalamualaikum dan selamat malam.

Petang tadi dalam pukul 2, seorang rakan menghantar sms kepada Zam mengajak untuk ke Pantai Permai di Santubong. Ikutkan hati memang nak pergi, tapi memandangkan esok ada exam untuk paper terakhir, Zam terpaksa lupakan niat nak menyertainya. Takut letih. Dan ini kali kedua sebenarnya Zam terpaksa lupakan hasrat untuk ke pantai kerana exam.

2 minggu sebelum ini, pihak sekolah Zam anjurkan aktiviti di tepi pantai. Hari Sabtu juga. Tapi disebabkan Zam ada exam paper pertama hari tu di OUM, Zam terpaksa lupakan hasrat tu.

Gambar di bawah ni, salah seorang rakan yang menyertai aktiviti petang ini yang memuatnaiknya. Rasa jeles pun ada ni.. Huhu



4 comments:

  1. pantai santubong mmg cantik. lain kali kena pergi

    ReplyDelete
  2. pantainya bersih.. takpaa inshaAllah ada masa lagi nnti..:)

    ReplyDelete
  3. ala x pa...tak kan lari pantai dikejar..pas ni bole g lagi kan:-)

    ReplyDelete