e

Friday, August 15, 2014

Kerjaya Terkini Aktor BLACK RANGER- ADAM

Antara pelakon siri Power Rangers, biasanya yang paling diingati oleh penonton adalah para pelakon pada musim pertama dan musim kedua. Salah seorang dari yang dimaksudkan ialah Adam, lakonan Johnny Yong Bosch sebagai Black Ranger yang menggantikan Zack (lakonan Walter Jones) dari musim pertama.



Sekali imbas, mungkin ramai yang menyangkakan beliau adalah pemuda kacukan Cina Amerika, namun untuk pengetahuan pembaca, beliau memiliki wajah Asia kerana ibunya berasal dari Korea.

Antara kisah terkini bekas pelakon Power Rangers (1993-1995), kisah Johnny Yong Bosch ni menarik perhatian Zam. Rupanya selama ini beliau aktif sebagai pengalih suara untuk beberapa siri animasi terkenal Jepun, dan salah satu watak anime terkenal yang menggunakan suara beliau adalah Kurosaki Ichigo dari anime BLEACH. (sumber dari Wikipedia)


Bleach ni merupakan anime kegemaran Zam. Tapi, tak sangka pula suara versi Bahasa Inggeris yang Zam dengar adalah suaranya. Selain Bleach, beliau juga merupakan pemilik suara di sebalik watak-watak di dalam beberapa anime popular, termasuklah watak Artemis, kucing putih di dalam Sailormoon.

(sumber dari FB Johnny Yong Bosch)


Dalam masa yang sama, Johnny Yong Bosch juga merupakan vokalis untuk band muzik Eyeshine. Kiranya beliau ni seorang yang serba serbi kebolehan!


Nak tahu lebih lanjut tentang aktiviti terkini Johnny? Anda boleh layari Twitternya @johnnyyongbosch


3 comments:

  1. Replies
    1. muka dia mcm muka kawan zam.. tu teringat kat kawan bila tgk dia

      Delete
  2. Dah tua dah sekarang ni hehehe...dulu kalsu tgk power rangers dia la antara yg smart hehe

    ReplyDelete