e

Wednesday, August 20, 2014

LOGO DAN TEMA HARI KEMERDEKAAN KE 57 2014

Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 2014.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2014 kali ini dilihat sebagai sesuatu yang unik dan menarik kerana menampilkan tema yang dipetik dari lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Malaysia.. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta menjadi tema pilihan bagi tahun ini kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang signifikan untuk memberikan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia, seperti mana perasaan yang dirasai sewaktu menghayati bait-bait lirik di dalam lagu tersebut.


Berkenaan logo untuk tahun ini pula, ia merupakan hasil ciptaan Abdul Mutalib Abd. Rahman, seorang pereka grafik dari sebuah syarikat swasta. Ciptaannya terpilih diantara seribu lebih penyertaan sempena Pertandingan Mencipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 57.


Untuk mengetahui rasional di sebalik penciptaan ini, anda boleh melayari PAUTAN INI (klik)


No comments:

Post a Comment