e

Sunday, August 3, 2014

Nasib Baik Zam Terdetik Nak Cari Dalam Sampul Kad Raya Lama Ni

Assalamualaikum dan selamat petang semua

Dah lama Zam mencari satu kad memori dari kamera digital ni, sebab dalam kad tu ada banyak gambar-gambar lama Zam. Zam masih ingat, kad tu disimpan di Serdang, dalam laci almari, tapi dah lama dan berkali-kali Zam cari, masih tak berjumpa. Tadi Zam teringat nak cuba cari lagi, namun masih hampa.

Zam kemas semula barang-barang yang digeledah ke dalam laci. Tak mahu cari dah. Tapi entah mengapa, tiba-tiba Zam rasa nak cuba cari lagi. Masa tu lah, Zam terpandang sekeping sampul kad raya lama, dan Zam teringin nak tengok semula kad raya tu.

Tahu-tahu, memori kad yang dicari ada dalam sampul surat kad raya tu! Alhamdulillah! Dah lama Zam cari, mujur terdetik nak belek semula kad raya tersebut.

Lepas tengok semula gambar gambar dalam tu satu persatu, rasa puas hati sangat dapat jumpa.. Alhamdulillah.. ;)


(kad dari seorang kenalan pada tahun 2008)

8 comments:

  1. kekdg klau xjumpa brg biasalah tu..pling mlas nk kemas blik brg yg dipunggah..hoho..

    ReplyDelete
  2. kadang2 benda yang kita misplace ni time kita x berapa nak cari baru jumpa kan..hehe (≧▽≦ )

    ReplyDelete
  3. mst kenalan yg rapat kan? :)
    puas hati kn ble bnda yg mmg dh lm cri ttbe jpe.hehe..

    ReplyDelete
  4. Memang selalu terjadi kes macam nie...cari cari barang hilang tapi tak jumpa. Bila tak cari senang senang je jumpa kat tempat yang kita tak sangka.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tersingkap balik kenangn lama..selamat hari raya zam...

    ReplyDelete
  6. Huntung laa masih simpan gambar2 lame. Ana pulak save kat dalam fb je. Tu pun private. Fb pulak selalu deactive. Nak save memori, takut memori ilang. Tu yg save kat fb je.

    ReplyDelete
  7. tahun 2008 ? lama dah tu bagus ada simpan lagi.. hehe

    ReplyDelete
  8. banyak tersimpan kenangan agaknya zam

    ReplyDelete