e

Friday, August 15, 2014

Selipar Jepun Paling Dijaga Bila Ke Masjid

Assalamualaikum dan salam Jumaat buat pembaca semua. Di waktu ni Zam dah berada di masjid IPBL menantikan waktu Zohor masuk. Di Kuching ni, waktu solat memang masuk awal 30 minit (lebih kurang) berbanding di Semenanjung.

Kalau ke masjid ni, memang Zam akan tukar kasut yang dipakai dengan selipar jepun. Senang sikit nak berwudhu nanti. Tapi selipar jepun ni jugalah yang Zam akan jaga elok elok bila ke masjid. Mana taknya, selipar jepun lah yang senang hilang di masjid. Mungkin sebab orang lain tertukar, atau ada yang pinjam pakai untuk mengambil wudhu tanpa maklumkan kepada peniliknya.

Pernah sekali Zam ke masjid dengan selipar jepun merah yang baru dibeli. Nak dijadikan cerita, Zam keluar lewat sikit dari masjid selepas solat. Tahu tahu, selipar Zam dah tak ada. Yang ada, cuma sepasang selipar jepun warna merah yang lusuh dan lama.. Adehhh... Sah ada yang dah tertukar dengan selipar Zam yang baru.. Sejak hari tu kalau ke masjid, Zam akan sorokkan selipar Zam di celah rak kasut atau celah pokok di masjid. Dengan cara tu, batulah selipar jepun susah nak hilang.

7 comments:

  1. memang banyak kes hilang selipar walaupun selipar jepun kat masjid kann??? selamat menunaikan ibadah solat zohor dan solat jumaat zam...

    ReplyDelete
  2. jgn smpai lupe sorok selipar kt ne hehe...salam aidilfitri

    ReplyDelete
  3. betul tu zam..selipar jepun pun kena jaga baik2...

    ReplyDelete
  4. hu2.. takleh pakai kasut lawa2.. bahaya.. tertukar atau sengaja ditukar..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum zam. samalah. kalau pakai selipar ke kasut memang kena cari tempat strategik nak letak. ehhehee

    ReplyDelete
  6. Huhu betul tu selipar jepun pon org leh curi ..suami akk kalau kt luar lupz nk bwk selipar jepun pasti akn bli yg baru..bila bwk g sokat jumaat mesti kena curi huhuhu

    ReplyDelete
  7. Pengalaman yang sama jadi dekat saya lepas keluar dari masjid. Kelam kabut juga cari selipar yang hilang tu. Dah la masa tu orang tengah ramai keluar dari masjid. Akhirnya rembat selipar orang lain nak balik rumah. Terpaksa jadi pencuri sekejap sebab orang lain dah curi kita. Haha

    ReplyDelete